Carian Tertinggi Google Jun 2014

10 Carian Popular Google Jun 2014


Bulan Jun telah pun berlalu. Enjin carian google.com.my sering menjadi tumpuan pelayar internet Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini dan informasi pantas. Berikut merupakan 10 carian paling tinggi di laman Google oleh pengguna Malaysia yang disediakan Google Zeitgeist sepanjang Jun 2014.

Carian Tinggi Google Jun 2014, Carian Terbanyak Google Jun 2014, Carian Popular Google Jun 2014,

1) Piala Dunia 2014
Carian paling tinggi bulan Jun berkisarkan perlawanan Piala Dunia 2014, keputusan serta perkembangan terkini setiap skuad yang bertanding.

2) Nisfu Syaaban
Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Oleh yang demikian, pengguna telah menggunakan carian Google bagi mendapatkan maklumat tentang malam penuh rahmat itu.

3) Ander Herrera
Carian Ander Herrera merupakan ketiga tertinggi di Google bulan Jun 2014. Ander Herrera Agüera, 24 tahun adalah pemain kelahiran Sepanyol terbaru yang dibeli oleh kelab Manchester United (MUFC) bagi membaiki kelonggaran jentera tengah skuad itu.

4) Ramadan
Bersedia untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia, pengguna internet menggunakan carian google bagi mendapatkan maklumat tentang bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ini meletakkan keyword Ramadhan keempat tertinggi di Google bulan Jun 2014.

5) Amar Baharin
Amar Baharin mendapat carian kelima tertinggi di Google bulan Jun 2014. Nama Amar Baharin mencuri tumpuan pengguna internet tempatan apabila mereka cuba mencari info tentang pelakon yang sedang meningkat popularitinya ini.

6) Suarez
Piala Dunia 2014 menyaksikan insiden mengigit pemain berlaku sekali lagi. Kali ini di pentas saingan dunia, penyerang Uruguay, Luis Suarez bertindak mengigit bahu pemain pertahanan Itali Giorgio Chiellini. Heboh dan kecoh sehingga meletakkan Suarez di tangga keenam carian tertinggi di Google bulan Jun 2014.

7) Hari Bapa
Pengguna internet menggunakan carian Google bagi mendapatkan informasi untuk menyambut dan meraikan hari bapa. Carian Hari Bapa merupakan ketujuh tertinggi di Google bulan Jun 2014.

8) Abang Long Fadil
Filem aksi dan komedi lakonan Zizan Razak ini telah mengumpul jualan tiket melebihi RM4.61 juta selepas 29 hari tayangannya. Filem yang pecah panggung ini melakar sejarah dengan berada di tempat kelapan dalam carian Google bulan Jun ini.

9) Transformers 4
Pengguna Google mula menggunakan enjin carian itu bagi mendapatkan maklumat Transformers: Age of Extinction dan juga menonton sedutan filem itu di Youtube. Sehingga meletakkan ia di tangga kesembilan carian Google bulan Jun 2014.

10) Neymar
Aksi Neymar telah menjadikan dirinya menjadi sasaran di carian Google bulan Jun ini. Penyerang berbisa dari Brazil, Neymar da Silva Santos Júnior sehingga kini telah menghasilkan 4 gol dalam saingan Piala Dunia 2014. Baru berusia 22 tahun, pemain yang turut mewakili kelab FC Barcelona ini telah berjaya mencuri tumpuan dunia dengan gaya permainan bersahaja dengan skil ‘samba’nya.
Sumber: Carian tertinggi google jun 2014

Itulah 10 carian tertinggi di Google bulan Jun 2014 ini. Hangat menyengat! Informasi yang sentiasa dicari setiap masa. Termasuklah diri ini. Carian hot meletop di laman Google.

41 comments

wahh..dahsyat gak penangan drama tv3 tu ya..nama Amar Bahrin pun jadi trend..:)

piala dunia carian paling tertinggi

abang long fadil pun tersenarai ek.
bulan julai dh boleh agak rasanya yang pling bnyak dicari nanti.

Wow! Mmg tak sangka kan yumida :)

Waa.. Piala Dunia pada bulan Ramadan .__.

Sudah semestinya carian World Cup 2014 paling banyak sebab Google sediakan perkhidmatan utk semak keputusan perlawanan world cup. Cepat dan sgt pantas result keluar.

tahniah yunk...lama tak bw here

wahhh.. tengah musim piala dunia kan...

p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

Wah untuk mdpt trafik tinggi sudah semestinya bola

This comment has been removed by the author.

Yang berkaitan bola paling tinggi yer ;)

dah musim bola..

Jemput baca post terbaru saya: Atasi Kolestrol Dengan Mudah

musim bola nii XDD

salam from indonesia :D
singgah sini dari blog mialiana :D

Menarik ni.. thanks sharing.. :)

Wah2 demam bola pnya psl, bola yg berada di dlm carta yg ttinggi..famous jgk
pelakon drama di tv3..

Apapn mmg tbaik perkongsian yg Yumida kongsikan ini.. xtlintas nk tgk ranking carian ttinggi di google..

neymar sakit pinggang semalam :D

banyak ye carian google dalam blog kak yumida ni hehe :D

Bola juga yang tip top ye..hehehe..

ni berdasarkan tinjauan dari Google Zeitgeist

Yang tak tahu pape ponpasal bola sibuk jugak meng update pasal bola sekarang ni hehehehe

Abang long fadil pun join sekali? hehe

Ooo Ranking pasal World cup yer..ermm akak tak minat tgk bola la..hehehe

Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

ramai orang cari tentang bola rupanya..

jalan2 blogwalking dr segmen Senarai URL Blog #6 Mialiana ... n dah follow sini :D

kebanyakannya berkaitan bola..:)

Amar pon dab glemer kt carian google..

Piala dunia paling dicari


EmoticonEmoticon