Bukan Kerana Aku Tak Cinta – menguji Sharnaaz Ahmad

Bukan Kerana Aku Tak Cinta mengisahkan kehidupan Jebat (Sharnaaz Ahmad) seorang lelaki berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah menjadi individu baik selepas keluar daripada 'jalan hitam'.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura (Nelydia Senrose) dan pelbagai cara dilakukan gadis itu untuk mencuri perhatian Jebat tanpa berputus asa.

Sementara itu, untuk menjayakan watak Jebat dalam drama itu kata Sharnaaz Ahmad, dia terpaksa membotakkan kepalanya dan menambah berat badan untuk membawakan watak yang diinginkan.

"Dengan rela hati saya membotakkan kepala untuk menjayakan watak Jebat dan menaikkan berat badan kerana saya juga perlu menayangkan badan dalam beberapa babak drama ini. Sejujurnya, karakter Jebat sangat dekat dengan saya dan sedikit sebanyak mencerminkan diri saya yang sebenar. Selepas membaca novel ini, saya dapati perjalanan kehidupan Jebat hampir sama dengan saya," - Sharnaaz Ahmad

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta menjalani penggambaran di lokasi asal dalam novel iaitu di Mentakab, Pahang. Malahan jalan ceritanya juga sama, tidah digubah. Mengikut penceritaan di dalam novel.

Sumber: Kosmo

drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Oooo…bagus la. Yumida lagi suka kalau jalan ceritanya ikut 100% macam dalam novel. Sebab apa, bila kita baca, dan kita bandingkan lakonan di dalam tv, bila jalan ceritanya tak sama, pasti mengelirukan penonton. Yumida dah tengok episod 1 dan episod 2 drama ni, memang bez sangat! Lagipun pelakonnya pun hebat. Korang dah tengok? Malam ni pun ade tau.

Drama bersiri 60 episod
Hari: Isnin hingga Rabu
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Mustika HD 134

12 comments

macam best je.. nak tgk la nanti. tq share yumida ;)

wahhh macam best ni kak, tapi ika sibuk sikit tak dapat nak tengok tv....best kan kalau cerita yang fully macam novel...kebanyakan ada yang tak sama dengan novel..jadi tak feel bila nak tengok..

Akak gak xde astro hihi xdpt nk layan cite ni

ohh cerita baru ye ..thanks sharing

Oo..sya suka sharnaaz ahmad berlakon..mmg best..

Sharnaaz Ahmad berlakon memang best. Wataknya selalu hidup.

Saya ada astro tapi tak tengok di tv. Lebih suka tengok online. Ya, pelakon2 dalam cerita ni pun rasanya sesuai dengan watak2 dia kan. Best! :D

Episod banyak jadi boleh lah nak ikut dalam novel bebetul. Baru tengok sikit. Boleh tahan..

cerita novel agik? byk juak ep nya owh

sebenarnya ikut novel baru best..xperlu ubah2 sangat...


EmoticonEmoticon