Aku Pilih Kamu

Filem Aku Pilih Kamu giat dipromosi di kaca tv. Filem yang dilakonkan oleh pelakon utama iaitu Intan Ladyana, Zain Hamid dan Fezrul Khan bakal menemui u olls semua pada 14 Disember 2013 kelak. Aku Pilih Kamu bergenre percintaan romantis. Pastinya diselitkan dengan scene sedih yang memerlukan u olls semua membawa tisu semasa menonton filem terbaru ni. Macam mana Yumida tahu? Kikiki…Yumida baca kat paper la. Nak tahu jalan ceritanya? Nak tahu kisah dramatiknya? Nak tahu endingnya sedih ke idok? Haaa…temui Aku Pilih Kamu di pawagam berdekatan u olls!

Sinopsis Aku Pilih Kamu
Aku Pilih Kamu mengisahkan tentang Qesya (Intan Ladyana) yang dibesarkan dengan kasih sayang ibunya, Laila (Sherie Merlis). Imran (Azhan Rani), ayah Qesya seorang pegawai tentera yang jarang berada di rumah kerana terlalu sibuk dengan operasi di luar. Keadaan ini membuatkan Qesya tidak menyukai ayahnya yang seperti tidak mengambil berat terhadap keluarganya dan keadaan menjadi rumit apabila ibunya meninggal dunia kerana sakit dan Qesya dijaga oleh ayahnya.

Qesya bercinta dengan Iskandar (Zain Hamid) sejak 5 tahun dan hanya akan meminang Qesya selepas dia menamatkan pengajiannya di tahap tertinggi. Iskandar dan Qesya sering bertemu secara rahsia, namun Imran tahu mengenai perbuatan anaknya itu dan menganggap Iskandar sebagai lelaki tidak bertanggungjawab.

Pada suatu hari, Mohd Aliff (Fezrul Khan) muncul bertemu Imran memberitahu ayahnya yang merupakan sahabat baik Imran telah meninggal dunia. Imran sebelum ini telah membuat perjanjian dengan sahabatnya untuk menyatukan anak mereka. Pertama kali bertemu Aliff, Imran tertarik dengan budi pekerti anak muda itu dan tekad mahu menjodohkan Qesya dan Aliff.

Qesya mengamuk dan memaksa Iskandar bertemu dengan ayahnya, namun ia berakhir dengan pergaduhan dan Iskandar telah memutuskan hubungannya dengan Qesya. Qesya mula hilang arah dan Aliff muncul bagi mengubat hati Qesya. Aliff tidak mahu memaksa Qesya menerima hubungan mereka, namun di saat hati Qesya mula berbunga kembali, Iskandar muncul bersama satu rahsia tentang Aliff yang turut disembunyikan oleh Imran.


Gambar filem Aku Pilih Kamu
filem Aku Pilih Kamu, movie Aku Pilih Kamu, gambar Aku Pilih Kamu, pelakon Aku Pilih Kamu

Pelakon Aku Pilih Kamu
Intan Ladyana, Fezrul Khan, Zain Hamid, Azhan Rani, Sherie Merlis, Angah Raja Lawak, Adik Yana dan ramai lagi.

Saksikan filem terbaru Aku Pilih Kamu
Di pawagam berdekatan anda
Tarikh ditayangkan: 14 Disember 2013

11 comments

filem?

tak pernah nmpk pula promosi filem ni..baca di blog tumida baru nur tahu ni..

Kiranya esok ditayangkan filem ni ye. Tpi, nk tgk dgn spe? :(

haah kat tv asyik promo filem ni.. hehe

baru la kmk tauk cerita tok.

cam besh jew...
tp ending cite melayu ni menyakitkan hati lorrr.... geram pulak rse...

wahhh lama dah ika tak tengok cerita melayu ni, boleh layan ni nanti :)

kalau tengok promo filem ni,macam best..;)

yumida nie mmg peminat filem melayu.. byk update psl cite2 melayu.. keep it up..

pernah tangok review filem ni..:)


EmoticonEmoticon