Darren Tersingkir Minggu Ke-2 Akademi Fantasia 2013

As salam buat rakan pembaca,

Konsert minggu ke-2 Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang berlangsung semalam, mengumumkan Darren pelajar kedua yang tersingkir.

Darren atau nama sebenarnya Chin Teik Meng, 21, yang menyampaikan lagu nyanyian asal Datuk M. Nasir berjudul Mentera Semerah Padi telah mendapat undian terendah.

Darren Tersingkir Minggu Ke-2 Akademi Fantasia 2013, Darren Tersingkir Minggu Kedua Akademi Fantasia 2013, darren akademi fantasia 2013, gambar darren af 2013

Melihat pada persembahan Darren semalam, Edry memberikan komen persembahan Darren amat menghiburkan. Dan berharap Darren akan menampilkan dirinya yang sebenar. Bagi aku pula, Darren menyampaikan lagu dengan jelas. Sebutan yang baik. Aku suka persembahan Darren coz penceritaan lagu tu sampai kepada aku.

Bila tengok Darren ni kan, aku teringat pada Jae Suk. Siapa Jae Suk? Jae Suk merupakan salah seorang peserta Running man. Tiap kali Darren pandang kamera, tiap kali tu juga aura Jae Suk datang. Hehehe….

Pada konsert tersebut, pihak AF 2013 membuat kejutan buat Nona membenarkannya pulang ke kampung halaman di Sabah selama sehari selepas mendapati ibunya sedang sakit.

Dengan penyingkiran Darren, kini tinggal 10 bintang AF 2013 bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini.

Jangan lupa u olls.. Saksikan siaran AF 2013 secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135) yang dihoskan oleh selebriti terkenal Zizan Razak.


Siapa yang telah tersingkir di minggu lalu? Sani Tersingkir Minggu Pertama AF 2013

5 comments

sorry, tak tengok AF malam tadi

Tengok bola malam tadi...haha...

Darren keluar ke.??
laaa umur dia 21.?? hohoo
sebaya tp nmpak dia lg matured dari eiqa -,-

Mieya tak sempat nak tengok pon AF minggu lepas.


EmoticonEmoticon