Hak Milik Strata


Masa tengok brita hari tu aku dengar pasal hak milik strata. Tertanya-tanya...strata tu apa? So..aku search sambil membawa slogan ‘Membaca Jambatan Ilmu’. So, aku nak share ngn korang sekali la... Jom baca ramai2..

Skim Strata
Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.

Kepentingan Hak Milik Strata
Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.

Harta Bersama
Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan

Petak Aksesori
Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

Hak-hak Pemilik Petak
●        membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya;
●        mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa yang dibuat oleh Perbadanan Pengurusan;
●        hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan;
●        hak ke atas sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain;
●        hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan

Tanggungjawab Utama Pemilik Petak
●        membayar caruman kumpulan wang pengurusan;
●        mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;
●        menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa
●        Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.

Larangan terhadap pemilik petak
●        menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang;
●        mengunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau busuk;
●        membuang atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah di kawasan harta bersama;
●        memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan pemilik petak lain.

Kumpulan Wang Caruman (Management Fund)
Kumpulan wang caruman ini diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran, akaun khas dan lain-lain.

Perbadanan Pengurusan
Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession).

Kuasa-kuasa Perbadanan Pengurusan
●        menentukan bayaran yang perlu dibuat oleh setiap pemilik petak kepada tabung pengurusan;
●        membeli, menyewa atau memperolehi harta alih untuk kegunaan bersama;
●        mematuhi notis / arahan oleh pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu ke atas harta bersama;
●        mengambil tindakan ke atas petakl-petak sekiranya pemilik berkenaan gagal mematuhi arahan-arahan dalam tempoh tertentu;

Tanggungjawab Perbadanan Pengurusan
●        mengurus dan menyelenggarakan harta bersama untuk memberi faedah kepada semua pemlik petak;
●        menginsuranskan bangunan dari kebakaran dan lain-lain risiko;
●        membayar premium insurans dan lain-lain kadar yang ditetapkan;
●        mempamerkan nama dan alamatnya di pintu masuk lot serta menyediakan peti surat;
●        mematuhi apa-apa notis atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung dengan harta bersama

So...dah abeh baca kannnn..mulut pun melongo ‘ooooooo..rupa-rupanya!’.
Sumber dirujuk dr SINI

************************************************************

Nak tahu pasal berita pemilikan strata ni..meh terjah jap:

Hak milik strata, milikan kosong keluar serentak

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pengeluaran hak milik strata dan pemilikan kosong yang sebelum ini dibuat secara berasingan akan diberi secara serentak bagi mengatasi masalah kegagalan pendaftaran hak milik yang membelenggu pembeli.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, bagi memastikan perkara itu dapat dilaksanakan, sejumlah 46 pindaan ke atas Akta Hak Milik Strata 1985 akan dilakukan.

Menurutnya, menerusi pindaan itu bukan sahaja pengeluaran hak milik strata dan pemilikan kosong dapat dibuat secara serentak tetapi masalah permohonan pendaftaran bagi bangunan lama yang diduduki sebelum 1996 juga mampu diatasi.

Selain itu jelas beliau, hukuman lebih berat bagi tujuan pencegahan iaitu denda RM100,000 dan penjara dua tahun juga akan dikenakan ke atas pemaju yang gagal serta ingkar menunaikan tanggungjawab mengemukakan permohonan hak milik strata.

"Sehingga kini, sebanyak 1,148 skim strata melibatkan 105,133 petak masih berdepan masalah pendaftaran hak milik manakala 200,000 petak lagi belum mengemukakan permohonan hak milik," katanya ketika menggulung perbahasan pindaan Akta Hak Milik Strata 1985 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dibuat secara bersama antara agensi-agensi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terdapat tiga punca utama yang menyebabkan kegagalan permohonan strata.

Masalah pertama, katanya, banyak tanah yang berstatus hak milik sementara dibangunkan sekali gus bercanggah dengan syarat nyata tanah.

Tambahnya, masalah kedua adalah bangunan yang terkeluar daripada sempadan lot serta binaan tidak mengikut pelan.

"Masalah ketiga ialah tuan tanah atau pemaju gulung tikar, menghadapi masalah kewangan dan pengurusan, gagal dikesan serta meninggal dunia," katanya.

Mengulas lanjut, Douglas berkata, sejak dikuatkuasakan pada 1985, pentadbiran tanah di seluruh negara berjaya mendaftarkan lebih 970,000 hak milik strata mengandungi lebih 15,000 skim bangunan berbilang tingkat.

Namun, kata beliau, sejak tempoh itu juga, berlaku banyak perubahan dan ada antaranya tidak dapat ditangani melalui undang-undang sedia ada sehingga memerlukan kepada pindaan baru.

Sumber dari SINI yer..

Okay...done!


9 comments

ooo..baru shu taw. hehe. mula2 tgok kt berita malam semalam kot. pelik je nak sebut ^^

strataaa,serupa nama makanan pulak,hehe

owh...
ni baru ai tahu..
sblm ni amik pot sgt :)

Owh.. Baru tau.. Thanks for sharing! ^^, Rajin cari maklumat.. =)

nice info teman, ijin baca" dulu..

lamanya x kesini.. apa khabar??

tq for sharing

deqla baca xde lak mulut melongo.. menyebut ooo...hihi...apapun, tq for sharing...rajin search bertmbh ilmu yg ditimba.. alhamdulillah.. =)


EmoticonEmoticon