ADAM50: Anak Lahir Tahun 2018 Hingga 2022 Dapat Dana RM200

Bajet 2018 & Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)
Pengumuman bajet 2018: setiap anak Malaysia lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga tahun 2022, anak akan dapat dana tabungan permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Skim ini dinamakan Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50). Dana ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


adam50: anak lahir tahun 2018 hingga 2022 dapat dana rm200, gambar amanah dana anak malaysia 2050 (adam50), anak terima duit tabung adam50 sebanyak rm200 menerusi pembukaan akaun asb & as1m
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50)

Amanah Dana Anak Malaysia ADAM50 Untuk Siapa?
Pemberian dana tabungan permulaan ADAM50 sebanyak RM200 diberikan untuk bayi. Bukan untuk ibu bapanya. Tetapi bayi yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Maklumat Penting Pengeluaran Duit RM200 ADAM50
Selepas pengumuman bajet 2018 pasal Amanah Dana Anak Malaysia 2050, ramai yang tertanya duit tabungan anak ADAM50 sebanyak RM200 tu boleh diambil masa bila? Adakah macam ambil duit BR1M? Adakah dapat secara cash? Duit dana tabungan anak ADAM50 sebanyak RM200 hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun. Ini termasuklah duit dana tabungan awal RM200 dan perolehan dividen ASB atau AS1M.

Skim ADAM50 Buka Peluang Anak Menabung Di Usia Muda
Memandangkan skim ADAM50 ni merupakan unit amanah saham, sememangnya ia cara terbaik untuk buka akaun bank anak di usia kecil. Dana tabungan anak sebanyak RM200 ADAM50 diagihkan menerusi pembukaan akaun bank anak menerusi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M). ASB bagi bayi Bumiputera dan AS1M bagi bayi bukan Bumiputera. Jadi, semua kaum di Malaysia ni dapat manfaat Skim ADAM50 - Amanah Dana Anak Malaysia 2050.

Jom menabung! Lebih awal buka lebih bagus. Dapat menikmati kadar faedah dan dividen lebih awal. Untuk pengetahuan umum, bayi berumur 6 bulan dah boleh buka akaun ASB dan AS1M. Pastinya pemberian dana permulaan RM200 untuk Amanah Dana Anak Malaysia ni membuatkan ibu bapa di luar sana tak sabar nak buka akaun ASB dan AS1M untuk anak. 


EmoticonEmoticon