Bajet 2018 & Amanah Dana
Anak Malaysia 2050 (ADAM50)
Pengumuman bajet 2018: setiap anak Malaysia lahir bermula 1
Januari 2018 sehingga tahun 2022, anak akan dapat dana tabungan permulaan
sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Skim
ini dinamakan Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50). Dana ini diumumkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) |
Amanah Dana Anak Malaysia ADAM50
Untuk Siapa?
Pemberian dana tabungan permulaan ADAM50 sebanyak RM200
diberikan untuk bayi. Bukan untuk ibu bapanya. Tetapi bayi yang dilahirkan bermula
1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
Maklumat Penting Pengeluaran
Duit RM200 ADAM50
Selepas pengumuman bajet 2018 pasal Amanah Dana Anak Malaysia
2050, ramai yang tertanya duit tabungan anak ADAM50 sebanyak RM200 tu boleh
diambil masa bila? Adakah macam ambil duit BR1M? Adakah dapat secara cash? Duit
dana tabungan anak ADAM50 sebanyak RM200 hanya boleh dikeluarkan setelah anak
mencapai usia 18 tahun. Ini termasuklah duit dana tabungan awal RM200 dan
perolehan dividen ASB atau AS1M.
Skim ADAM50 Buka Peluang
Anak Menabung Di Usia Muda
Memandangkan skim ADAM50 ni merupakan unit amanah saham,
sememangnya ia cara terbaik untuk buka akaun bank anak di usia kecil. Dana
tabungan anak sebanyak RM200 ADAM50 diagihkan menerusi pembukaan akaun bank
anak menerusi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).
ASB bagi bayi Bumiputera dan AS1M bagi bayi bukan Bumiputera. Jadi, semua kaum
di Malaysia ni dapat manfaat Skim ADAM50 - Amanah Dana Anak Malaysia 2050.
Jom menabung! Lebih awal buka lebih bagus. Dapat menikmati
kadar faedah dan dividen lebih awal. Untuk pengetahuan umum, bayi berumur 6
bulan dah boleh buka akaun ASB dan AS1M. Pastinya pemberian dana permulaan
RM200 untuk Amanah Dana Anak Malaysia ni membuatkan ibu bapa di luar sana tak
sabar nak buka akaun ASB dan AS1M untuk anak.
1 comments so far
من هنا يمكننا ان ننوه عن شركة نظافة بالرياض و التي توفر الكثير من الخدمات و المميزات الخاصه بمدينة الرياض مثل
ارخص شركة تنظيف منازل بالرياض -شركة تنظيف فلل بالرياض المنازل و غيرها فالهدف الاول ه راحة العملاء و اكتساب ثقتهم مهما تكلف الامر مع ضمان جودة الخدمات المقدمه و سرعة انجازها بكل سهوله و امان و على احدث و افضل الاساليب.
تنظيف مساجد بالرياض
EmoticonEmoticon