Hanya blogger 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk menonton video
ini.
Sekadar berkongsi pengetahuan & pemahaman mengenai
Hukum
Menukar Jantina di sisi Islam &
cara Memandikan Jenazah yg telah menukar Jantina
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
Daripada ibnu abbas dia berkata : Rasulullah telah
melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang perempuan yang
menyerupai lelaki.
Bukti Hadis Pengharaman Tukar
Jantina
- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah
melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum
wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).
-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya):
“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai
pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).
Bukti
Nas Al Quran Pengharaman Tukar Jantina
- Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya aku
akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh
mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya
mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain
Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’
ayat 119).
- Allah mencipta manusia dengan
sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang
bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”.
(Surah at-Tiin ayat 4).
Cara
Memandikan Jenazah Yg Telah Tukar Jantina
Soalan: Bagaimana
hendak memandikan dan menyembahyangkan jenazah seseorang yang menukar jantina,
samada mengikut jantina asal kejadiannya atau jantina pada ketika ia meninggal?
Jawapan:
Perbuatan pembedahan orang lelaki atau perempuan untuk
ditukar anggota jantinanya adalah haram di sisi syarak. Seorang yang dilahirkan
lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun dia berjaya ditukarkan jantinanya
melalui pembedahan begitu juga sebaliknya. Seorang yang dilahirkan 'khunsa
musykil' iaitu ada 2 alat kelamin lelaki dan perempuan, maka diharuskan
pembedahan bagi mengekalkan salah satu jantina yang benar-benar berfungsi dan
dapat digunakan. Oleh itu, masalah-masalah dan hukum-hukum yang bersabit dengan
penukaran jantina seperti perkahwinan, kematian dan warisan dan sebagainya
adalah didasarkan kepada jenis kejadian jantina asal seseorang. Sekiranya dia
meninggal dunia maka mayatnya ditajhizkan menurut jantina asalnya.
Sumber:
14 comments
akhir zaman..lelaki nak jadi pompuan dan sebaliknya...
fuh seram..tp geli gak la..smua nk tukar jantina
H.J: ye la..kena sntiasa ingat hkum Allah
Luqeem: peranan org terdekat amat penting dlm menunjukkan jln yg lurus..kena tegas!
dunia akhir zaman...semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 sik tentu ya kak ohh..
bagus share info cm ni..sbb dh byk berlakukan
SK: aok la kn SK..amin doa ktk ya
merahitujambu: yup..btol tu..sharing is caring..kan..kan..
da elok2 lelaki nak tukar jadi perempuan.. buruk benor la.. semoga mereka2 ini di beri hidayah dari Allah.. huhu.. entri best..^^
noor fatin nadia: betul 2...amin
ngeri tengok video ni...sanggup sakit nk tukar jantina
ngeri...!!! rugi, allah da bagi nikmat da. knapa nak sia2kan lagi..
YUMIDA !!!!!!!!!!!!!!!!!! takut ye tgk !!!!!!!!!!!!!!
santri: ye la...tgk pn geli...
nora: dh lumrah manusia nora...x penah puas dgn apa yg ada
ipai: hihi...leh tgk smbil peluk bantal bucuk...
dah macam tu mcam tu la nak tukar2 lagi...pelik2....
maira q: ye la..actually kita pon berperanan jgk dlm menyedarkan n mberi bimbingan kpd mereka yg tergolongan dlm kump ni...moral support.
EmoticonEmoticon