Juara Maharaja Lawak 2011

24 Jun 2011


Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak

Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.






Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.


Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.


Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.

Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.

“Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik,” kata mereka.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.

Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.mstar.com.my

Karnival Mesra Belia di Mukah, Sarawak

12 - 13 Mac 2011















Lawatan Ketua Menteri Sarawak ke Kpg. Kuala Balingian, Mukah

20 Februari 2011

Tan Sri Abdul Taib Mahmud


Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi


So sweet isteri ketua menteri kita. Tahniah and Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai ini. Ehem2...cuba lihat pula kepada si baju merah yang sedang bersalaman dengan Tan Sri Taib ini. Hmmmm...macam kenal.... Inilah deresa di Klinik Kesihatan Kuala Balingian, Mukah. Deresa? Hmmm bahasa orang Serawak ya..."MA bah...".

K....semua gambar di bawah diambil sempena menyambut kedatangan ketua menteri kita. So..korang semua...'happy viewing yer'.














Jalan Selangau (Sibu-Mukah) - 1 Jun 2011

Ini merupakan simpang utama Jalan Selangau, Sibu. Gambar kecil merujuk kepada gerai makan di mana tempat persinggahan semua bas, samada dari Mukah, Bintulu atau Miri.


Surau ini terletak tidak jauh dari simpang masuk Jalan Selangau.


Ini pula Pondok Polis berdekatan dengan simpang Balingian.


Gambaran jalan raya yang telah diturap sepenuhnya dari simpang Jalan Selangau Sibu sehingga ke simpang Balingian.


















Batang Lupar, Sri Aman
Ini adalah gambaran jambatan Batang Lupar. Ketika kami melalui jambatan ini, kami telah melihat kemalangan berlaku antara lori dan proton saga. Keadaan kereta memang teruk, pastinya pemandu kereta tersebut mengalami luka parah. Apa yang penting bagi kita semua sebagai pengguna jalan raya, "Memandulah Berhati-hati". Banyakkan bersabar ketika memandu. "Elakkan Hari Perayaan Berdarah". 'Embak kata orang Serawak..."Boh Segaut Gilak Bah"'




Bukit Begunan
Bukit paling tinggi di mana jika anda melalui jalan Bukit Begunan ini, telinga anda akan berasa sakit kerana tekanan di kawasan tinggi. Anda perlu menelan air liur beberapa kali untuk mengurangi kesakitan ini. Seumpama menaiki kapal terbang semasa proses pelepasan.




Kesemua gambar ini diambil ketika kami balik bercuti ke Kuching pada 1 Jun 2011. Seperti yang anda semua saksikan di atas, keadaan jalan raya amat baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja dari Mukah. Tidak seperti tahun sebelumnya, perjalanan memakan masa 2 - 3 jam untuk sampai ke Mukah. Terima kasih kepada pihak kerajaan, JKR dan NAIM Holding yang telah membantu menyiapkan jalan ini dengan cepat.

Kepada pengguna Jalan Selangau..."Pandulah dengan Berhemat" Jangan jadi mat rempit k...

Adakah anda tahu? Kucing juga mengalami Stress!

Tanda-tanda Kucing Stress



Untuk mencuba memahami bagaimana kucing melihat dunia ini adalah sangat sukar. Kita melakukan yang terbaik untuk memberikan hidup yang selesa kepada mereka tetapi tidak semestinya kita mampu memenuhi keperluan mental individu kucing. Perubahan terhadap persekitaran rumah atau jadual waktu harian kita mungkin nampak remeh bagi kita, tetapi memberi impak yang besar terhadap kucing kita. Apabila mengalami stress, kucing akan menterjemahkannya kepada beberapa bentuk atau tanda-tanda.


Lawatan ke veterinari kadangkala membuatkan sesetengah kucing mengamuk, agresif dan ketakutan. Kebosanan pula membuatkan sesetengah kucing melakukan gigitan, mengunyah karpet, wayar elektrik, dan mencakar. Perilaku begini adalah tanda-tanda kucing meluahkan sesuatu terhadap sesuatu perubahan atau keadaan.


Ada sebahagian kucing yang menjilat-jilat bulunya secara keterlaluan sehingga terdapat tompok-tompok botak dan ruam pada badannya sebagai tindakbalas terhadap stress. Keadaan ini dipanggil psychogenic alopecia. Sebahagian kucing yang tertekan pula akan membuang najis di tempat lain dan melakukan spraying di serata dalam rumah. Namun begitu perlakuan seperti membuang najis di luar kotak najis juga merupakan tanda-tanda masalah kesihatan.

Kucing, adalah binatang, tidak seperti mana manusia yang dapat menghilangkan stress dengan cara berbual, menonton tv atau memetik gitar. Kebanyakan kucing dan binatang lain akan jatuh sakit apabila mereka mengalami stress. Berikan perhatian kepada kucing anda dan lihat jika ada perilaku yang berpunca daripada tanda-tanda stress. Pencegahan awal dapat mengelakkan perilaku yang tidak diingini dan dapat membuatkan kucing anda kembali gembira.

Sebab Kucing Mencakar



Mencakar adalah sebahagian sifat kucing.

Anda baru sahaja membeli sehelai baju melayu, kononnya untuk dipakai semasa hari raya (ok, mungkin terlalu awal, tapi ini hanya contoh sahaja). Anda menyangkutkan baju itu pada penyangkut baju di dinding dan menuju ke ruang tamu.

Kucing anda memasuki bilik anda dan mencium bau baju tersebut. Bau yang dikesannya adalah asing baginya. Dia gelisah dengan objek baru yang mencerobohi kawasannya. Naluri memberitahunya supaya menanda baju tersebut sebagai sebahagian dari kawasan jajahannya.

Maka kuku dikeluarkan dan dihala ke baju yang tersangkut, kemudian ditarik sehingga mengoyakkan sedikit baju tersebut. Rasa puas menyelubungi celahan kuku kakinya, ototnya meregang dan keyakinan dirinya kembali pulih.

Kemudian dia melihat anda memandangnya dengan mata yang marah berserta dengan jeritan-jeritan yang tidak difahaminya. Dalam fikirannya mungkin dia berkata, "Tuan aku ni sihat ke tak?"
Alam kita berbeza

Bertentangan dengan anggapan orang ramai, kucing tidak mencakar sofa, karpet, kerusi, perabot, langsir atau apa sahaja disebabkan dia nakal atau jahat, atau membalas dendam, atau sengaja mahu sakitkan hati kita.

Kucing hanyalah berkelakuan seperti kucing, yang bertindak dengan cara yang difikirkan rasional mengikut persepsi alamnya sendiri. Sama seperti manusia yang akan bertindakbalas terhadap sesuatu, mengikut takrif rasional dalam alam kita sendiri.


Ada 5 sebab utama mengapa kucing mencakar, atau kadangkala perlu mencakar.

1. Menjaga dan Mengasah Kuku

Ini adalah sebab yang utama, kerana kelakuan mencakar ini sebenarnya membuang lapisan luar kukunya. Ianya sama seperti ular atau labah-labah yang bersalin kulit. Ini akan menajamkan kukunya, apabila kulit kuku lama dibuang dan diganti dengan kulit yang baru dan tajam.

Keupayaan pertahanan diri bertambah dengan adanya kuku yang tajam dan memberikan kucing kelebihan untuk melarikan diri dari pemangsa. Jika kita memelihara kucing sebagai indoor, mungkin pemangsa yang terbesar hanyalah bunyi mesin basuh atau penyedut vakum. Tetapi struktur fizikal ini tetap sama bagi kucing indoor atau outdoor.

2. Tandaan Kawasan

Mencakar adalah salah satu bentuk tandaan kawasan, sama seperti spraying. Tapak kaki kucing mengandungi kelenjar peluh yang akan mengeluarkan peluh dan meruap ke udara untuk mengawal suhu badan kucing. Tetapi bukan itu sahaja, pada bahagian tapak itu juga mengandungi kelenjar bau.

Apabila kucing mencakar, dia akan meninggalkan kesan fizikal cakaran yang boleh dilihat oleh kucing lain, dan juga tandaan bau dari tapak kakinya sebagai mesej jelas kepada kucing lain bahawa ini adalah kawasannya.

Kadangkala kita akan melihat kucing akan menyentuh kita dengan tapak kakinya beberapa kali, sebagai mesej memberitahu bahawa anda adalah miliknya.

3. Regangan Otot

Kucing mencakar untuk meregangkan ototnya di bahagian tapak kaki, kaki dan belakang badan. Sama seperti manusia yang meregangkan badan selepas kita bangun tidur atau duduk terlalu lama.

Kucing menggunakan kukunya sebagai cangkuk bahagian hadapan badan supaya mereka mendapat keregangan untuk keseluruhan badan yang lain. Ini adalah baik untuk kesihatan kucing itu sendiri.

4. Kneading atau Meramas

Kneading sebenarnya bukanlah perlakuan mencakar, tetapi kepada perlakuan meramas atau menguli menggunakan kaki hadapan. Semasa kucing masih kecil dan menyusu dari ibunya, dia akan menggunaan kaki dan kuku yang kecil itu untuk menguli puting susu ibunya.

Kukunya semasa kecil bertindak seperti jarum halus yang akan merangsang aliran susu untuk keluar. Apabila dewasa, sesetengah kucing masih terbawa-bawa dengan kelakuan ini apabila mereka berasa tenteram atau bermanja mungkin kerana kenangan semasa dia masih kecil.

Cumanya apabila sudah dewasa, kukunya bukan lagi kecil dan halus, ia lebih kepada mata jarum yang kasar dan tajam, hehe.

Ada juga pemilik kucing yang tidak suka dengan perlakuan ini, bagi saya ini bukanlah satu masalah. Kucing itu hanya menunjukkan reaksi yang dia selesa bersama tuannya. Apa yang diperlukan adalah memotong sedikit kukunya, dan tidak perlulah sampai ke tahap melakukan ubahan perilaku.

5. Menggaru

Kucing juga menggunakan kukunya untuk menggaru. Tidak ada penyelesaian yang lebih enak dan memuaskan selain menggaru apabila badannya berasa gatal.

Namun begitu, biasanya kucing hanya menggunakan kaki belakang untuk menggaru dan kaki hadapan hanya untuk membersihkan diri (dan kadangkala melibatkan penggunaan kuku)

Kucing Parsi

My Persian Cat called Rayyan

Gambar ini diambil ketika Rayyan masih kecil.




Ini adalah gambar terkini (Tahun 2011) Rayyan yang berusia 3 tahun. Saiz sederhana. Memiliki bulu yang tebal dan berbadan panjang seperti musang. Ketika dijual, Rayyan berharga RM400.00 dibeli daripada penjual warga Kuching, Sarawak.










Sejarah & Latar Belakang Kucing Parsi
Kucing Parsi, yang memiliki lapisan bulu panjang beralun dan muka penyek merupakan breed yang paling popular,mungkin juga yang paling mudah dikenali. Walaupun tidak ramai orang yang boleh menamakan beberapa baka kucing, namun hampir kebanyakan mereka akan dapat mengenali dan mengingati kucing Parsi.

Dikatakan bahawa kucing Parsi pada hari ini telah dibawa keluar oleh pelayar Eropah pada kurun ke-17 bersama-sama permata, sutera dan rempah ratus dari pedalaman negara Parsi. Kucing berbulu panjang yang lain datang dari Turki dan dikelaskan sebagai Angora. Dipandang sebagai barang mewah, mereka akhirnya menjadi status simbol elit bangsawan. Kucing ini dipanggil Parsi kerana asal-usul negara mereka namun rujukan hieroglafik terhadap baka ini ditemui seawal 1684 Sebelum Masihi menyebabkan ketidak tentuan terhadap kesahihan asal-usul mereka.

Kucing Parsi mempunyai susunan tulang yang padu, diseimbangi dengan sesuai dan mempunyai eksperisi muka yang manis dan bulat. Walaupun penampilan yang besar, kucing Parsi bergerak dengan ketangkasan yang tak terduga. Kucing ini juga mempunyai lapisan bulu yang panjang dan kelihatan tergantung pada badan yang tembam dan padat. Disokong oleh kaki yang pendek dan tebal. Matanya besar, bulat dan berjarak lebar dengan kepala yang bulat dan luas sementara telinga mereka kecil dan bulat. Ekor yang panjang selebar badan dan mengerbang melengkapkan gambaran fizikal kucing Parsi.

Lapisan bulu kucing Parsi yang cantik ini adalah panjang dan tebal. Bahagian kolar leher kelihatan besar, tebal dan merambu diantara kaki hadapan. Penjagaan rapi diperlukan dimana bulu mereka perlu disikat setiap hari dengan sikat besi untuk mengelakkan daripada kekusutan dan bebola rambut. Mandian juga diperlukan untuk memelihara kebersihan, kecantikan dan kesihatan bulu kucing. Komitmen dan masa diperlukan untuk menyikat bulu dan kebanyakan pemilik kucing Parsi berasa seronok dengan sesi menyikat kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan kucing mereka.

Kucing Parsi dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap persekitaran dalam rumah dan secara umumnya mereka agak pendiam, tenang dan selamba. Pesonaliti yang manis dan lembut dapat diserasikan dengan baik untuk kebanyakan rumah. Suara mereka yang perlahan dan bermelodi begitu menyenangkan. Mereka berkomunikasi dengan baik dan meluahkannya melalui mata dan ini menjadikan mereka peliharaan yang sangat sesuai untuk semua golongan umur.

Mereka juga sangat mengasihi dan menyayangi pemilik dan sentiasa responsif terhadapnya. Walaupun mereka selalunya tenang, kucing Parsi ini suka bermain-main dengan cara mereka sendiri. Parsi yang lembut ini sentiasa menjadi sumber ketenangan dan kesukaan manusia mejadikan mereka teman yang baik, rapat dan intim.