Peperiksaan P. Moral Ting. 3



PEPERIKSAAN SEMESTER 1
TINGKATAN 3
===============================

PENDIDIKAN MORAL
MASA : 1 JAM
===============================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas ini mengandungi dua bahagian soalan.
2. Bahagian A terdiri daripada soalan aneka pilihan
Soalan 1 hingga 30
3. Bahagian B soalan subjektif

Soalan 31 hingga 50
===============================
SELAMAT MAJU JAYA
Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak

 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Pilih jawapan yang paling sesuai.

 
1. Pilih pernyataan yang tidak benar.
A. Orang yang bertanggungjawab akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh
B. Orang yang berupaya bertindak sendiri mempunyai pendirian dan kebolehan sendiri
C. Keupayaan seseorang untuk mengembangkan potensi diri untuk mencapai kejayaan dinamakan berupaya bertindak sendiri
D. Sikap yakin pada diri membantu kita menanamkan tekad untuk melaksanakan sesuatu sehingga berjaya

 
2. Nilai hemah tinggi adalah kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam
A. Perlembagaan Negara
B. Rukun Tetangga
C. Prinsip Rukun Negara
D. Rang Undang-Undang

 
3. Mengapakah amalan kesopanan perlu diterapkan semenjak kecil?
A. Supaya menjadi amalan dalam kehidupan yang akan datang
B. Kerana kanak-kanak lebih sukar untuk dijaga
C. Kerana kehidupan setelah dewasa lebih mencabar
D. Agar anak kita menjadi pemimpin setelah dewasa

 
4. Apakah yang dimaksudkan dengan sayang akan nyawa?
A. Menyayangi diri sendiri sahaja
B. Membunuh makhluk yang mengancam nyawa anda
C. Memupuk perasaan perikemanusiaan terhadap makluk yang bernyawa
D. Tiada belas kasihan terhadap binatang liar

 
5. Mengapakah kita perlu menjaga keindahan alam sekitar alam sekitar?
A. Supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang huru-hara
B. Alam sekitar adalah anugerah yang tidak ternilai
C. Supaya aktiviti pembangunan dapat dijalankan
D. Alam sekitar mambebaskan karbon dioksida kepada haiwan

 
6. Apakah yang akan terjadi sekiranya hutan tidak dipelihara?
A. Cuaca manjadi bertambah sejuk
B. Manusia akan kehilangan udara yang bersih
C. Bilangan binatang liar semakin bertambah
D. Sistem ekologi menjadi lebih seimbang

 
7. Peribahasa yang menggambarkan ketidakadilan adalah
A. Lembu punya susu, sapi dapat nama
B. Lain di mulut, lain di hati
C. Bagai embun di hujung rumput
D. Kiri boleh, kanan pun boleh

 
8. Mengapakah orang yang cekal tidak gentar menghadapi cabaran?
A. Mereka mempunyai tubuh yang kuat
B. Mereka yakin dengan kemampuan diri
C. Mereka selalu didampingi oleh orang lain
D. Mereka selalu menghulurkan bantuan

 

 

 

 

 
9. Apakah pengajaran yang terkandung dalam peribahasa di atas?
A. Cita-cita yang ingin dicapai oleh seseorang
B. Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
C. Setiap kejayaan perlu mengorbankan wang ringgit dan tenaga
D. Jalan untuk mencapai kejayaan merupakan jalan yang berliku-liku

 

 

 

 

 

 
10. Pernyataan di atas menggambarkan sikap orang yang
A. Gigih
B. Cekal
C. Tabah
D. Dedikasi

 
11. Mengapakah amalan kesederhanaan harus dipupuk dalam masyarakat?
A. Agar kepentingan diri tidak terjejas
B. Mengelakkan pergaduhan dan menjamin kesejahteraan hidup
C. Untuk memuaskan hati semua puhak
D. Supaya kita dikagumi dan dihormati oleh semua orang

 
12. Mengapakah kita perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan?
A. Agar keputusan tersebut dipatuhi orang lain
B. Agar keputusan tersebut tidak diprotes oleh orang lain
C. Agar keputusan tersebut memberi keuntungan kepada diri sendiri
D. Agar keputusan tersebut tidak menyusahkan semua pihak

 

 

 

 

 
13. Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri
A. Boleh membuat pertimbangan
B. Boleh membuat penaakulan
C. Boleh membuat alasan
D. Boleh membuat keputusan

 
14. Yang berikut adalah sikap orang yang rasional kecuali
A. Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain dalam melakukan sesuatu kerja
B. Tidak akan bertindak mengikut perasaan
C. Tidak akan mencampur adukkan hal-hal peribadi ketika membuat keputusan
D. Tidak akan mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku

 
15. Situasi yang manakah menunjukkan seseorang itu boleh membuat pertimbangan?
A. Terpengaruh dengan iklan jualan murah di pasar raya
B. Menuduh rakan mencuri pen yang hilang tanpa bukti
C. Mempercayai khabar angin mengenai majikan
D. Menggunakan jejantas untuk melintas walaupun jauh

 
16. Mengapakah kita digalakkan untuk berdikari?
A. Supaya kejayaan senang diperoleh
B. Dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri
C. Dapat meraih pujian daripada orang lain
D. Supaya diri tidak berasa terlalu tertekan

 
17. Pilih peribahasa yang tidak berkaitan dengan nilai kerajinan.
A. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
B. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
D. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

 
18. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada AIDS?
A. Menjauhi pesakit AIDS
B. Tidak bersalaman dengan pesakit AIDS
C. Tidak berkongsi pinggan mangkuk dengan pesakit AIDS
D. Mengamalkan gaya hidup yang sihat

 
19. Contoh prinsip keadilan yang diamalkan oleh kerajaan untuk masyarakat luar Bandar ialah
I. Membina lebuh raya
II. Membina kompleks membeli belah
III. Menyediakan perkhidmatan kesihatan
IV. Melaksanakana program Internet Desa

 
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

 
20. Keadilan sangat penting untuk
A. Memberikan kebebasan tanpa had kepada masyarakat
B. Mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan
C. Menegakkan hak dan kebenaran
D. Mempengaruhi kehidupan orang lain

 
21. Mengapakah seseorang itu perlu bijak membuat pertimbangan sebelum bertindak?
A. Agar dapat memuaskan hati semua pihak
B. Agar mudah mengambil peluang daripada kelemahan orang lain
C. Agar tindakan yang dibuat dapat memberi ganjaran yang lumayan
D. Agar tindakan yang dibuat tidak mendatangkan kerugian kepada semua pihak
22. Mengapakah golongan remaja mudah terjebak dengan gejala sosial?
A. Menginginkan perhatian daripada orang lain
B. Menonjolkan jati diri seorang remaja
C. Suka bertindak mengikut perasaan
D. Ingin melakukan perubahan dalam hidup

 
23. Apakah kebaikan menyediakan senarai barangan keperluan sebelum membeli-belah?
A. Dapat menjimatkan masa dan wang sewaktu membeli-belah
B. Dapat mengingati barang-barang yang hendak dibeli
C. Dapat mengurangkan jumlah barangan yang hendak dibeli
D. Dapat menambahkan barangan jika ada baki wang perbelanjaan

 
24. Bagaimanakah seseorang anak dapat membalas jasa ibu bapanya?
I Memenuhi segala permintaan mereka
II Menjaga mereka apabila sudah tua
III Melayan mereka dengan lemah lembut
IV Menziarahi mereka ketika mereka sakit
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

 
25. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip kekeluargaan?
A. Peluang membentuk imej keluarga yang positif
B. Asas dan peraturan yang ditetapkan dalam sesebuah kelurga
C. Perjanjian antara anggota keluarga supaya berakhlak mulia
D. Maruah keluarga yang harus dipertahankan

 

 

 

 

 

 

 
26. Berdasarkan ciri-ciri di atas, namakan nilai X.
A. Sikap keterbukaan
B. Kebebasan beragama
C. Kepercayaan kepada tuhan
D. Mematuhi peraturan dan undang-undang

 
27. Apakah langkah yang perlu dipraktikkan oleh belia untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar?
A. Bergiat aktif dalam persatuan belia
B. Memajukan diri dalam bidang yang diceburi
C. Memiliki prinsip hidup yang berbeza
D. Mengenal pasti keinginan diri sendiri

 
28. Aktiviti di bawah merupakan punca masalah pencemaran semakin serius, kecuali
A. Pembakaran terbuka
B. Fenomena bencana alam
C. Pengeluaran asap dan gas dari kilang
D. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai

 

 
29. Mengapakah kegiatan vandalisme sering berlaku dalam kalangan remaja?
I Pengaruh daripada rakan sebaya
II Tidak menghargai kemudahan awam yang disediakan
III Tekanan dan pengaruh persekitaran
IV Tidak tahu menggunakan kemudahan awam dengan betul
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

 

 
30.

 

 
I Kesanggupan memikul tanggungjawab
II Kesanggupan berusaha dengan penuh bersemangat
III Kesanggupan melakukan sesuatu mengikut peraturan
IV Kesanggupan melakukan sesuatu dengan usaha sendiri
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

 


Isi setiap tempat kosong dalam ayat-ayat dibawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

 


 

 

 

 
31. Manusia yang bersikap harga diri berupaya menolak sesuatu yang tidak baik demi menjaga nama baik keluarga daripada tercemar.
32. Antara tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan pendidikan
untuk membentuk sahsiah anak-anak.
33. Amalan sikap berupaya bertindak sendiri membolehkan seseorang menunjukkan daya kreativiti
mereka.
34. Sikap jaya diri sangat penting kepada para pelajar bagi menambahkan keyakinan
diri
untuk berjaya.
35. Usaha yang berterusan ditambah dengan matlamat
yang tinggi akan membuahkan kejayaan.
36. Sikap kesederhanaan amat memerlukan persefahaman dan sikap ramah mesra antara semua pihak iaitu antara individu, sahabat handai, masyarakat, kerajaan dan institusi bukan kerajaan.
37. Orang yang bersikap rasional tidak akan mengambil tindakan atau keputusan terburu-buru.
38. Tabah hati merupakan salah satu sikap seorang usahawan berjaya.
39. Bersikap amanah
dalam menguruskan wang persatuan.
40. Sikap tanggungjawab juga melibatkan kepada pengurusan masa yang terancang dalam pelbagai hal kehidupan seperti merancang masa untuk beristirehat, menjalankan kokurikulum dan bersama dengan keluarga tersayang.

 

 

 
Untuk soalan 41 hingga 50, pilih nilai yang tepat dengan berdasarkan perlakuan yang diberikan.

 

 

 

 
No.
Perlakuan
Nilai
41
Mempelbagaikan teknik latihannya.
Daya Usaha
42
Sanggup dan tidak berasa malu untuk membetulkan kesalahan diri.
Hemah Tinggi
43
Tidak mengharapkan bantuan atau balasan
Berdikari
44
Sanggup mengorbankan masa lapangnya untuk berlatih.
Dedikasi
45
Bulat air kerana pembetung, bulat menusia kerana muafakat
Toleransi
46
Remaja pada masa kini mudah terjebak dengan gejala sosial seperti lepak, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya yang berpunca daripada sikap terburu-buru.

 
Rasional
47
Tidak jemu berusaha meningkatkan kemahiran walaupun tidak pernah menjuarai sebarang pertandingan.
Gigih
48
Tetap meneruskan latihannya walaupun latihan itu sukar.
Cekal
49
Peruntukan RM1.15 bilion untuk menambah baik kemudahan sekolah luar bandar, khasnya di Sabah dan Sarawak.
Keadilan
50
Mengadakan latihan setiap hari.
Kerajinan


EmoticonEmoticon