



Home
All posts
Adab Ketika Berbuka Puasa
Rasulullah SAW telah mengajar umatnya
beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara
adab-adab itu ialah:
1.
Membaca doa
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila
berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang
meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
Di samping doa-doa di atas, kita juga
boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab
(makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa.
Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya doa
yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah
2.
Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan
berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau
dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran
atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik
hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” –
Hadis riwayat al-Tirmizi
3.
Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan
tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah
dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan
buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a
berkata:
“Rasulullah s.a.w
berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda
akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa
teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi
4.
Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa
Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan
rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang
disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah
didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan
solatMaghrib.
Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila seseorang
dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan
makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu
sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Menurut Imam al-Nawawi : “Di dalam
hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak
dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan
khusyuk.”
5.
Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu
berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk
tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan
untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan
ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan.
6.
Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya
mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa
terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa
musibah.
Firman Allah SWT :
“Mereka juga
memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang
miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami
langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima
kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah
dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang
yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya.
Sabda baginda
SAW :
“Sesiapa yang
menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti
pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak
dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.
Sumber: Iluvislam.com
Natural Beauty Contest II - Abg Stalker
KLIK BANNER UTK JOIN
KATEGORI YG DIPILIH IALAH:
KATEGORI 2:
Assalamualaikum & selamat menjalani ibadah puasa ke-5. Tengok blog member join Natural Beauty Contest II - Abg Stalker ni, aku pun turut nak join. Pastinya bukan kategori pertama tu, tapi kategori ke-2. So Abg Stalker takleh nak skodeng2 wajah aku tau..aku sedang menyorok ni...hehehe.
Pic di atas di ambil sendiri oleh aku menggunakan
camera digital SONY-W570, bulan Jun yg lepas. Tidak di edit, tidak jg di copy
dari sumber lain, pastinya tulen & asli! Bagi aku ia tersangat cantik! Memberikan
emosi mendalam ketika aku snap pic ni. Perasaan luar biasa..subhanallah..begitulah
aturan Pencipta kita memberikan kudrat genggaman yg kuat utk spesis serangga
ini. Begitu gagah makhluk yg kerdil ni mengangkat sang kumbang yg besar. Sikap kerjasama
4 ekor serangga ni memberikan kejayaan kumpulannya dlm melalui perjalanan tali yg
panjang di atas.
Aku pernah membuat 2 entri khas bg pic di atas,
iaitu
&
Tu je...SALAM RAMADHAN buat seluruh umat Islam J
TAMAT: 26 JULAI 2012
TAG:
Nak tag ramai2 boleh kan Abg Stalker ^___^
Juga kpd semua rakan blogger yg singgah ke sini..meh
sama2 join J
10.cendol
11.Aine Ainun
13. etuza
15.Deqla manjew
16.Cik Aini
17. dyabunga
21. Miss BaNu
22.lelamaisara
23.are_lin@yu
24. 9n0L4
27.Cik Nur
Merasmikan Chatbox
morning..hope korang sentiasa sihat
aku nak buat pengumuman sikit
dengan ini....'aku merasmikan Chatbox'
korang leh refer sidebar sebelah tu..bawah button FOLLOWER
so senang sikit klo korang nak tinggal jejak
dah lama aku plan nak buat chatbox ni..baru tercapai hari ni..alhamdulillah
plan seterusnya, aku nak cantikkan kotak2 widget..especially bloglist tu
kasi line & warna..baru nampak cantik & kemas kannn
belum menjumpai tutorialnya lg
klo korang de sumber2 cantikkan kotak widget ni
sila tinggalkan link di kotak komen bwh ni
tengkiu :)
rasanya apa lg yg perlu aku kasi improve blog ni?
Hikmah Berpuasa
assalamualaikum w.b.t
hari ni dh masuk hari ke-4 kita berpuasa..esok pula hari ke-5
syukur..kita masih diberi kesempatan utk berpuasa
kehadiran
ramadhan membawa sinar keimanan yang mantap dan mengukuhkan ketakwaan kita kpdNya.
jadikanlah ramadhan tetamu yang dirindui dalam kehidupan di dunia ini.
"Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"(Hadis riwayat Muttafaq 'alaih).
Sabda Rasulullah bermaksud:"Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat"(Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim daripada Abu Hurairah)
Menu Simple Petang Ni
assalamualaikum & selamat petang rakan blogger
cuaca hari ni..alhamdulillah..panas memanjang..
sure mengeringkan pakaian yg dijemur
hari ni masuk hari ke-4 kita berpuasa
syukur..kita masih lg diberi kesempatan utk bernafas
di samping meningkatkan ibadah kita di bulan ramadhan ni
aku jg memohon maaf andai selama kita berblogging..
kata2ku pernah menyinggung perasaan korang
or isi entriku yg membuatkan korang kurang senang
kemaafan di pinta
wokeh..petang ni plan aku nak masak daging kicap
lama dah aku x masak daging nih..
al maklumlah..kadar pengambilan daging dlm pemakanan harus dikurangkan
sesekali makan..hmmmm..nyum nyum..sure daging akan melekat di celah gigi..hikhik
korang pulak..menu berbuka puasa hari ni beli or masak sendiri?
antara juadahnya ialah:________________
*hehehe..selalu je suruh korang isi tempat kosong kan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)





