Adab Ketika Berbuka Puasa


Rasulullah SAW telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

1. Membaca doa
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. 

Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
– Hadis riwayat Ibn Majah

2. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. 

Rasulullah SAW bersabda:
Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

3. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:
Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

4. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solatMaghrib. 

Sabda Rasulullah SAW :
Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Menurut Imam al-Nawawi : “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

5. Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan.

6. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. 

Firman Allah SWT :
Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. 

Sabda baginda SAW :
Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Sumber: Iluvislam.com

Natural Beauty Contest II - Abg Stalker

KLIK BANNER UTK JOIN

KATEGORI YG DIPILIH IALAH:
KATEGORI 2:
Assalamualaikum & selamat menjalani ibadah puasa ke-5. Tengok blog member join Natural Beauty Contest II - Abg Stalker ni, aku pun turut nak join. Pastinya bukan kategori pertama tu, tapi kategori ke-2. So Abg Stalker takleh nak skodeng2 wajah aku tau..aku sedang menyorok ni...hehehe.

Pic di atas di ambil sendiri oleh aku menggunakan camera digital SONY-W570, bulan Jun yg lepas. Tidak di edit, tidak jg di copy dari sumber lain, pastinya tulen & asli! Bagi aku ia tersangat cantik! Memberikan emosi mendalam ketika aku snap pic ni. Perasaan luar biasa..subhanallah..begitulah aturan Pencipta kita memberikan kudrat genggaman yg kuat utk spesis serangga ini. Begitu gagah makhluk yg kerdil ni mengangkat sang kumbang yg besar. Sikap kerjasama 4 ekor serangga ni memberikan kejayaan kumpulannya dlm melalui perjalanan tali yg panjang di atas.

Aku pernah membuat 2 entri khas bg pic di atas, iaitu
Tu je...SALAM RAMADHAN buat seluruh umat Islam J

TAMAT: 26 JULAI 2012

TAG:
Nak tag ramai2 boleh kan Abg Stalker ^___^
Juga kpd semua rakan blogger yg singgah ke sini..meh sama2 join J
3.Wanieys 
10.cendol


Merasmikan Chatbox

morning..hope korang sentiasa sihat
aku nak buat pengumuman sikit
dengan ini....'aku merasmikan Chatbox'

korang leh refer sidebar sebelah tu..bawah button FOLLOWER
so senang sikit klo korang nak tinggal jejak
dah lama aku plan nak buat chatbox ni..baru tercapai hari ni..alhamdulillah

plan seterusnya, aku nak cantikkan kotak2 widget..especially bloglist tu
kasi line & warna..baru nampak cantik & kemas kannn
belum menjumpai tutorialnya lg
klo korang de sumber2 cantikkan kotak widget ni
sila tinggalkan link di kotak komen bwh ni
tengkiu :)
rasanya apa lg yg perlu aku kasi improve blog ni? 

Hikmah Berpuasa

assalamualaikum w.b.t
hari ni dh masuk hari ke-4 kita berpuasa..esok pula hari ke-5
syukur..kita masih diberi kesempatan utk berpuasa

kehadiran ramadhan membawa sinar keimanan yang mantap dan mengukuhkan ketakwaan kita kpdNya. jadikanlah ramadhan tetamu yang dirindui dalam kehidupan di dunia ini.



"Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"
(Hadis riwayat Muttafaq 'alaih).


Sabda Rasulullah bermaksud:
"Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat"
(Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim daripada Abu Hurairah)

Menu Simple Petang Ni

assalamualaikum & selamat petang rakan blogger
cuaca hari ni..alhamdulillah..panas memanjang..
sure mengeringkan pakaian yg dijemur

hari ni masuk hari ke-4 kita berpuasa
syukur..kita masih lg diberi kesempatan utk bernafas 
di samping meningkatkan ibadah kita di bulan ramadhan ni
aku jg memohon maaf andai selama kita berblogging..
kata2ku pernah menyinggung perasaan korang
or isi entriku yg membuatkan korang kurang senang
kemaafan di pinta

wokeh..petang ni plan aku nak masak daging kicap
lama dah aku x masak daging nih..
al maklumlah..kadar pengambilan daging dlm pemakanan harus dikurangkan
sesekali makan..hmmmm..nyum nyum..sure daging akan melekat di celah gigi..hikhik



korang pulak..menu berbuka puasa hari ni beli or masak sendiri?
antara juadahnya ialah:________________
*hehehe..selalu je suruh korang isi tempat kosong kan :)


Jom Blogwalking Ramadhan

KLIK BANNER UTK JOIN

TAMAT: 25 JULAI 2012

SEGMEN SIMPLE AYUEJEAN : JUADAH WAJIB RAMADHAN

KLIK BANNER UTK JOIN

air abc..memang bez klo dpt layan..so yummy..mkn ni pun dah kenyang

popia goreng...my peberet...hmm..terasa kegaringannya..buat sendiri lg jimat..

TAMAT: Hari ni, 24 Julai 2012, 5 Petang