Showing posts with label Telefilem. Show all posts
Showing posts with label Telefilem. Show all posts

Telefilem New York Cinta (Astro)

Sinopsis New York Cinta (Astro) New York Cinta mengisahkan Mia yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang muzik namun ditakdirkan dia bertemu dengan Seth lalu jatuh cinta. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama New York Cinta di kaca tv anda.

Telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah (Astro)

Sinopsis Anugerah Dendam Yang Terindah (Astro) Anugerah Dendam Yang Terindah mengisahkan Azman yang kecewa dan terluka membawa diri ke Australia setelah Izatul kekasihnya ditunangkan dengan Aril adiknya sendiri. Suatu hari, Izatul yang sedang hamil datang memujuk Azman supaya balik menjenguk ibunya dan Aril yang sekarang sudah lumpuh. Dari situ, satu demi satu rahsia terbongkar. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Anugerah Dendam Yang Terindah di kaca tv anda.

Telefilem Budak Dari Tak Bai (Astro)

Sinopsis Budak Dari Tak Bai (Astro) Budak Dari Tak Bai mengisahkan perjalanan hidup Johari yang penuh pancaroba. Melalui kehidupan yang getir, Johari meninggalkan Tak Bai pada zaman kanak-kanak ke kota Bharu. Peristiwa hitam membuatkannya hanyut dalam dunia gelap gelita. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Budak Dari Tak Bai di kaca tv anda.

Telefilem Resipi (Astro)

Sinopsis Resipi (Astro) Resipi mengisahkan Radiah yang berpindah semula ke rumah ibubapanya untuk menjaga ayahnya. Radiah mula memasak mengikut resipi arwah ibunya dan mula mengenali diri sendiri dan ibubapanya. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Resipi di kaca tv anda.

Telefilem Crush Next Door (Astro)

Sinopsis Crush Next Door (Astro)Crush Next Door mengisahkan pertemuan 3 kali tanpa sengaja membuatkan Hani jatuh cinta pada Zarif. Setiap kali berjumpa, pasti ada insiden yang mana Zarif akan jadi penyelamat Hani.

Telefilem Dua (Astro Ria)

Sinopsis Dua (Astro Ria) Dua mengisahkan Farhan kehilangan kembarnya, Fahrin dalam satu kemalangan. Dia kemudian mengambil alih kehidupan Fahrin dan terperangkap dalam cinta tiga segi. Adakah Farhan akan berterus-terang tentang perkara sebenar?

Telefilem Surat Buat Bakal Isteriku (Astro)

Sinopsis Surat Buat Bakal Isteriku (Astro) Surat Buat Bakal Isteriku mengisahkan
Qiasara menerima sepucuk lagi surat yang tertera,’Untuk Bakal Isteriku Qiasara’. Membuatkan dia tertanya-tanya siapa pengirim surat tersebut. Qiasara mula menyiasat di kalangan pelajar senior siapa yang bernama Fakrul Razi.