Aaaa!
Frust.. laptop baru yang di beli seminggu yang lepas tak dapat connect wifi. Katanya
internet limited. Kalau laptop lama, dapat connect. Hmmm tak ada rezeki la
merasa ber-wifi dengan laptop baru. Just digunakan untuk menaip dan aktiviti
lain.




Home
Posts filed under Komputer
Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts
Screen Laptop Pecah! Terpijak Tanpa Sengaja!!
Terseksa
jiwa dan raga mak. Dah 5 hari tak update blog. Gara-gara screen laptop acer
retak. Pecah! Stress gue. Entry terakhir adalah pada hari Rabu lepas. Lepas tu
sunyi sepi tiada artikel terbaru. Nak on laptop tak dapat. Screen blank!
Retak…sadisnya..
Internet Pun Pandai Puasa Tau. Lemah, Slow Loading…
Ingatkan..
manusia je yang berpuasa bulan Ramadhan ni. Internet pun ‘puasa’ sekali. Puasa dalam
erti kata situasi yang lemah, slow loading, capaian internet lembab giler. Huhuhu..
Notebook Cooler Pad → Kipas Angin Penyejuk Laptop
Kalau kat tempat korang ada aircond, Notebook Cooler Pad tak la diperlukan sangat. Sebab Notebook Cooler
Pad fungsinya untuk menyejukkan laptop
korang. Begitu jugak untuk CPU komputer yang besar gedabak tu, pun ada gak
kipas khas untuk sejukkan CPU.
Akses Internet Guna Telefon Pintar Paling Popular
Rakyat Malaysia catat paling tinggi akses internet guna telefon pintar
Wah dah makin maju rakyat Malaysia
sekarang. Kaji selidik Barometer
Pengguna yang dikeluarkan Google Inc menunjukkan sebanyak 35 peratus
daripada pengguna di Malaysia mengakses internet dengan menggunakan telefon
pintar.
Cara Mengelak Identiti Dicuri Di Laman Sosial
Berhati-hati untuk elak identiti dicuri di laman sosial
Masalah
pencuri identiti ini sudahpun menular di tanah air kita. Justeru, jangan tunggu
sampai anda jadi mangsa seterusnya dan kemudian baru ingin rasa menyesal.
Mungkin si pencuri identiti cukup bijak dalam melaksanakan perancangannya tapi
perlu ingat bahawa anda juga mempunyai seribu satu langkah untuk elak terus
jadi mangsa keadaan.
Internet VSAT Bermasalah
Ahh..stress
pulak rasanya. Line internet VSAT server down. Hilanglah sumber internetku yang
super duper laju. Sekarang hanya mengharapkan modem broadband Celcom. Slow giler.
Kelajuan broadband ni bergantung pada rangkaian telefon, kalau guna 3G,
beruntung! Tiada masalah akses internet. Tapi kat sini bukan line 3G, so…agak
slow nak connect dengan internet.
Ketagih Internet Di Kalangan Generasi Muda
Ketagihan internet kini dianggap satu bentuk ketagihan alaf baharu yang
menular pantas di seluruh dunia khususnya dalam kalangan golongan muda. Khasnya
aku sendiri. Ada kalanya, aku sendiri turut ketagih internet tanpa disedari. Tapi
bila line internet slow, ketagihan beransur lenyap. Ye la…siapa sanggup tunggu
depan lappy berjam-jam semata-mata nak tunggu line internet pulih.
Nak topupkan broadband or tak?
Sertai JOM TEKA: HARGA MOUSE PAD
Tekaan
boleh di buat setiap hari! Tamat pada -12 Oktober 2013-
Kesinambungan entry:
Hmmm..masih
dilemma lagi ni. Nak topupkan or tak. Kalau topupkan rasa macam tak berbaloi.
Membazirkan kredit RM30. Tapi kalau tak topupkan nanti aku boring lak. Manalah
tahu, mood malam tu nak jenguk blog ker, facebook ker, google benda lain ker.
Even ambik masa lama untuk loading. Ye la…line internet sini tak kuat. Loading
tu memang boleh tahan lamanya.
Pssst!
Sebenarnya kan since aku beli broadband dan sim kad Celcom nih, aku tak pernah
beli kredit topup pakai duit sendiri. Aku beli benda ni bulan Mei lepas. Pembelian broadband dan sim kad Celcom pun hasil
duit hadiah segmen/GA. Bernilai RM186.00.
Kan aku de story sebelum ni.
Then,
kredit untuk topupkan broadband selama ni pun hasil hadiah dari segmen/GA/contest.
Alhamdulillah.. rezeki. Thanks pada korang semua.
Hmmm..masih
berkira-kira lagi ni. Nak topupkan or tak. Even topup tu dari orang lain, tapi
kalau aku fikir balik, tak dapat manfaat mana pun kalau nak online pakai broadband nih. Tak banyak
menyumbang pada aku. Hihihi..berkira sangat kan aku ni. Bukan berkira, nak buat
pilihan terbaik. Memaksimumkan penggunaan sesuatu seoptimumnya.
Hmmm…buat
masa sekarang ni takpe la, hold dulu topup tu. Bila dah urgent sangat nanti
reloadkan la. Kan kan kan….
Kalau korang tertengok paparan video AMBI PUR ni di sidebar blog
Bahagian kanan paling atas di widget (Nuffnang Ads)
Jemput la klik satu kali…sedekah :)
TERIMA KASIH
Kredit broadband Celcom tamat tempoh
Sertai JOM TEKA: HARGA MOUSE PAD
Tekaan
boleh di buat setiap hari! Tamat pada -12 Oktober 2013-
Mengumumkan, semalam telah berakhirnya kredit
broadbandku. Huhuhu..sedihnye. Lepas ni tak dapat nak beronline malam-malam.
Seperti yang aku story before ni, aku pakai instanet yang
prepaid nyer. Langgan sebulan untuk RM30. Kalau langgan sehari je charge RM5.
Langgan seminggu charge RM18. So, bagi aku pakej sebulan tu menawarkan harga
yang sangat murah.
Even murah, aku rasa sangat tak berbaloi. Sebab apa, di kediaman
aku ni takde line 3G. So, line internet sangat-sangat slow! Kengkadang nak
bukak 1 page ambik masa 5 minit. Ok lagi tu. Selalunya dia error. Can’t reach.
Dah
kawasan takde 3G. Apo nak di kato…
Kalau korang tertengok paparan video AMBI PUR ni di sidebar blog
Bahagian kanan paling atas di widget (Nuffnang Ads)
Jemput la klik satu kali…sedekah :)
TERIMA KASIH
Stereo Headphone Skullcandy
Yeah..impian akhirnya terlaksana. Berjaya jugak nak beli
benda ni. Headphone!
Brand Skullcandy
Santek tak kaler ijo nih? Please katakan santek…
Actually nak beli kaler pink, tapi kaler tu dah habis. So
beli je la kaler ni. Pun nampak cantik gak. Ala-ala sesegar rumput gitu. Hihi..
Harganya RM29.90. Stereo headphone ni takde microfon tau, coz
aku saje pilih untuk pakai headphone je. Pernah dulu beli yang microfon nyer
tu, macam tak bez, terganggu penglihatan dengan mike yang menenggek kat tepi
bibir.
Dengan adanya headphone ni terasa privacy sikit tiap kali
menikmati lagu yang berkumandang di lappy. Boleh bukak nyaring-nyaring! Yang
dengarnya aku sorang je. Ho yeah.. Nanti bila hb ku tengok bola dengan dentuman
speaker tv, aku boleh layan lagu di lappy dengan rasa senang hati. Lalalala….
Tunggu sehingga ia habis dimainkan..TERIMA KASIH
Tablet Samsung terbaru bakal dipasarkan!
Samsung
Malaysia Electronics melancarkan dua varian tablet terbarunya, Galaxy Tab 310.1 LTE dan WiFi di pasaran Malaysia dalam usaha meneruskan momentum
pertumbuhannya dalam pasaran tablet negara ini.
Galaxy Tab 3 10.1 LTE atau teknologi evolusi jangka panjang ditawarkan pada harga permulaan RM1,599, manakala Galaxy Tab 3 10.1 WiFi pada RM1,299 seunit. Kedua-duanya akan mula dipasarkan mulai minggu ini.
Galaxy Tab 3 10.1 LTE atau teknologi evolusi jangka panjang ditawarkan pada harga permulaan RM1,599, manakala Galaxy Tab 3 10.1 WiFi pada RM1,299 seunit. Kedua-duanya akan mula dipasarkan mulai minggu ini.
Pengarah
Komunikasi Mudah Alih dan Teknologi Maklumatnya, Vincent Chong, berkata
pelancaran kedua-dua varian itu amat dinanti-nanti memandangkan gajet itu
mendapat sentuhan Intel menerusi prosesor Intel Atom SoC (Clover Trail+).
“Menerusi peranti ini, ia menggunakan prosesor dual-core Intel Atom dengan kelajuan 1.6GHz CPU yang menawarkan prestasi lebih tinggi dan keupayaan grafik tiga kali ganda yang menyokong jangka hayat bateri lebih lama berbanding prosesor sebelumnya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran peranti itu di Kuala Lumpur, semalam.
Galaxy Tab 3 10.1 dengan saiz skrin 10.1 inci menawarkan pengalaman aplikasi terbaik dengan grafik tiga Dimensi, keupayaan kamera belakang tiga megapiksel dan belakang (1.3 megapiksel), video definisi penuh (HD) dengan kecekapan penggunaan bateri (6,800mAh) selain melayari laman web dengan lebih pantas.
Selain itu, paparan Galaxy Tab 3 10.1 turut menggunakan Teknologi TFT dengan 16 juta kedalaman warna serta resolusi 1,280 x 800.
Menggunakan
sistem operasi Android 4.2, tablet
terbaru keluaran Samsung itu lebih nipis
iaitu 7.95 milimeter (mm) berbanding model sebelumnya, manakala panjangnya
adalah 243.1mm dan lebar (176.1mm) sementara beratnya hanya 519 gram.
Dari segi hiburan, peranti itu berupaya menyokong format video MPEG4, H.264, H.263, WMV, DIVX dan mampu memainkan semula video dalam HD penuh (1,080 piksel), sementara audionya pula menyokong format MP3, AAC, WMA, FLAC dan AMR.
Galaxy Tab 3 10.1 turut didatangkan dengan sambungan USB v2.0, 3.5mm Stereo Earjack, slot memori luaran microSD sehingga 64 gigabait (GB), manakala memori dalaman 16GB selain, menyokong penggunaan kad sim.
Dari segi hiburan, peranti itu berupaya menyokong format video MPEG4, H.264, H.263, WMV, DIVX dan mampu memainkan semula video dalam HD penuh (1,080 piksel), sementara audionya pula menyokong format MP3, AAC, WMA, FLAC dan AMR.
Galaxy Tab 3 10.1 turut didatangkan dengan sambungan USB v2.0, 3.5mm Stereo Earjack, slot memori luaran microSD sehingga 64 gigabait (GB), manakala memori dalaman 16GB selain, menyokong penggunaan kad sim.
Galaxy Tab 3 10.1 LTE
Aku baru
je plan nak beli tablet Samsung. Tapi bukan yang ni. Mahai sangat. Huhuhu.. Dalam
proses menunggu cheque Nuffnang sampai. Tak sabor rasanye. Ngeeeee :) Nak tahu
mana satu gadget idaman aku. Taraaaa! Samsung
Galaxy Tab 2 [7 inci].
Lalalalala……
Masalah internet bila bukan di kawasan 3G
Kesinambungan
entry:
Seperti
yang aku story before ni, aku pengguna Broadband Celcom. Bila berada di tempat
yang tidak mempunyi line 3G. Kelajuan internet aku menjadi lembab. Itulah yang
selalu orang panggil sebagai ‘line internet selaju siput _____’. Yup! Hal
sebegini boleh membuatkan sesetengahnya naik angin. Hahaha…cool je wokeh.
Bila
penggunaan sesuatu service tu kita guna secara berbayar, sure la kita nak yang
terbaik diberikan untuk diri kita kan. Tapi, malangnya…tidak semua tempat itu
mencakupi menerima kelajuan internet. Especially di kawasan yang tidak
mempunyai line 3G. Adoyai…line internet slow and slow.
Macam aku,
langgan RM30 sebulan untuk penggunaan broadband Celcom ni. Tapi tak dapat nak
memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan internet. Rasa macam membazirkan.
Aah..rasa rugi. Bulan depan, dah takmo langgan lagi la pakej sebulan tu. Tapi
tengok la..mana la tahu tetibe aku akan tergoda lagi. Kikiki…
Memandangkan
aku tinggal di kawasan yang takde line 3G. Rasa macam suatu kerugian. Tak dapat
menikmati sepenuhnya service internet nih. Tapi, bila dah stay kat kawasan de
3G, syoknyeeee! Laju je line internet. Hmmmm…beznye kalau semua tempat ade line
3G ni. Takde la rasa macam anak tiri sangat. Hehehe..
Broadband
Celcom ni aku guna waktu malam je. Waktu siangnye pakai internet opis. Korang
nyer internet, laju tak? Pakai jenis mana?
Broadband Celcom
Siapa
pengguna broadband Celcom sini? Yeah..kita geng. Broadband ni aku beli bulan
Mei yang lepas. Berserta dengan sim card Celcom.
Harga modem broadband
ni aku beli RM155.500. Manakala, sim card Celcom ni pulak harga hanya RM12.50.
Instanet nyer.
Kesemuanya
berjumlah RM168.00.
Pada awalnya memang aku tak reti nak pakai broadband nih. Siap tanye itu ini
dengan seller tu. Service layanan macam hampeh je. Padahal aku ni pembeli. Dia
sebagai seller harus explain dengan lebih details. Bila aku tanye kan, boleh
pulak dia buat muka sombong. Siap garu kepala menandakan aku customer
membosankan. Sambil mendengus beberapa kali. Sakit hati i tau. Takpe lupakan
seller tu. Yang penting dia dah takde lagi keje kat situ. Hahaha… (gelak tanda
kepuasan).
Modal
untuk membeli broadband dan simcard Celcom ni bukan dari duit poket aku.
Datangnya dari hadiah (wang tunai) dalam memenangi beberapa segmen/GA yang
dianjurkan dalam blog. Alhamdulillah… Dengan ini, dapatlah aku guna broadband
ni untuk ber-online di malam hari. Thank buat korang semua yang baik hati, moga
korang semua juga dimurahkan rezeki.
Subscribe to:
Posts (Atom)







