Gambar Gubahan Kain Samping Songket Hantaran

Gubahan samping songket 2017/ 2018. Gambar gubahan gubahan kain songket hantaran terkini cantik memukau! Koleksi idea gubahan gubahan kain sampin / songket untuk hantaran. Bagi yang sedang mencari idea kreasi hantaran kain songket, bolehlah rujuk gambar kain sampin songket dalam artikel ini. Ada dikongsikan gambar idea gubahan kain samping songket bentuk keris, gubahan kain songket tanjak melayu, gubahan kain songket bentuk tengkolok, gubahan kain songket bentuk bakul, gubahan kain songket bentuk kipas, gubahan kain songket simple dan gubahan kain songket bentuk burung merak (rujuk dalam link video di bawah).

Bermacam idea kreatif mendekorasi gubahan hantaran kain songket menarik. Lihat ↓↓↓

Sejarah kain songket: Kain songket ada yang memanggilnya kain dagang, kain sabok, sabuk kain atau kain sarung. Kini, kain songket banyak dijadikan sebagai samping. Samping yang diperbuat daripada fabrik songket dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja.

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Corak kain songket berasakan susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan susunan bercorak. Manakala untuk motif kain songket, motif yang digunakan pula adalah seperti motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang, motif alam/benda juga termasuk motif kuih.

Memandangkan majlis pertunangan dan perkahwinan memerlukan belanja besar, ramai pasangan yang terfikirkan tentang gubahan hantaran kain samping yang murah. Jadi, kalau nak yang murah kena buat sendiri. Jom cuci mata melihat idea kreatif gubahan kain samping lelaki, cantik-cantik dalam artikel ini. Memberi ilham cara membuat dan menghias kain songket pengantin diy sendiri. Nak lebih banyak design gubahan hantaran kain songket? Rujuk dalam link video koleksi gubahan hantaran kain songket & kain samping di atas.

 Kalau macam saya sendiri, saya suka melihat hasil kerja orang lain, dari situ boleh dapat idea membuat hantaran kain sampin songket untuk perkahwinan/ pertunangan. Malahan dapat ilham mendekorasi kain samping hantaran tunang simple. Gubahan kain songket, dihias dengan bunga-bunga, diselitkan dengan reben. Memang cantik la. Kalau malas buat sendiri, boleh menempah gubahan hantaran kain songket dari mereka yang pakar. Ada banyak yang menjual servis membuat gubahan kain songket untuk hantaran.

Pssst! Yang nak explore gubahan kain samping bunga hantaran pernikahan, boleh lihat gambar hiasan hantaran kain songket modern bawah ni. Belajar sendiri tutorial cara melipat tanjak pengantin, kain samping tutorial, cara membuat tengkolok kertas, cara membuat tengkolok dendam tak sudah, langkah langkah membuat tanjak; tanjak pendekar, banyak dikongsikan kat blog-blog dan di YouTube. Jom lihat kreativiti mereka dalam membuat gubahan hantaran kain songket Malaysia terkini. Kreatif!

gubahan kain samping songket bentuk keris dan kipas, gubahan kain songket tanjak melayu dan tengkolok, gubahan kain songket bentuk burung merak, kain samping lelaki, kain samping bunga, kain samping tutorial, tanjak pendekar, songket Malaysia, kain samping lelaki, kain songket pengantin, kain songket modern
Gubahan kain samping songket bentuk keris

gubahan kain samping songket bentuk keris dan kipas, gubahan kain songket tanjak melayu dan tengkolok, gubahan kain songket bentuk burung merak, kain samping lelaki, kain samping bunga, kain samping tutorial, tanjak pendekar, songket Malaysia, kain samping lelaki, kain songket pengantin, kain songket modern
Gubahan kain songket tanjak melayu / kain songket tengkolok
Berpandukan video koleksi gubahan hantaran kain samping songket di atas, harap ianya menambah ilham anda untuk membuat hiasan hantaran kain songket hantaran anda. Tak pun boleh tunjukkan pada pengambil upah buat hantaran, nak design gubahan kain samping hantaran macam ni, macam tu. Selamat mendeko kain songket berbunga penuh hantaran anda.


EmoticonEmoticon