Jalan Darat Kampung Tanah Puteh, Serian

Jalan raya baru Kampung Tanah Puteh, Serian, Sarawak siap hingga sampai ke kampung! Alhamdulillah, Raya 2016 aku antara orang yang menggunakan jalan darat yang menghubungkan Bandar Serian hingga ke Kampung Tanah Puteh. Tak sangka perjalanan hanya ambil masa 10 minit sahaja dari simpang Serian bersebelahan jalan SK Rayang.


Kalau dulunya, nak ke Kampung Tanah Puteh, Serian ni terpaksa guna jalan air. Iaitu guna perahu atau bot menyelusuri sungai. Perjalanan yang ambil masa 30 minit untuk sampai ke kampung. Kalau air pasang ok la. Senang. Kalau air surut, huhuhu agak menyukarkan pengendali bot nak bawa kami sampai ke tebing.

video jalan raya baru kampung tanah puteh, serian, sarawak siap 2016, jalan darat menghubungkan pekan serian ke kampung tanah puteh (katapu)
Jalan raya baru ke Kampung Tanah Puteh, Serian 
Sebelum ni, separuh jalan je jalan darat siap di bina. Boleh lalu dengan kereta setakat jalan raya yang dah siap tu. Kami guna perahu/ bot di jeti Kampung Munggu Kopi (kalau tak silap nama tempat jeti kami tunggu perahu tu). Tu berlaku pada tahun 2014, masa arwah nenek aku meninggal.

video jalan raya baru kampung tanah puteh, serian, sarawak siap 2016, jalan darat menghubungkan pekan serian ke kampung tanah puteh (katapu)
Sekolah rendah di Kampung Tanah Puteh, Serian iaitu SK TANAH PUTEH
Actually, aku jarang berkunjung ke Kampung Tanah Puteh, Serian tempat kelahiran arwah mak aku. Lama dah aku tak ke sana. Semuanya sebab masalah jalan. Sungai merupakan alat penghubung utama ke kampung mak aku. Tu masa dulu la, dan tu penyebab aku jarang pergi ke sana.

Alhamdulillah, sekarang dah ada jalan darat, jalan raya baru, direct je dari pekan Serian sampai ke Kampung Tanah Puteh. Baru-baru ni, Aidilfitri tahun 2016, Raya ke-4, aku sefamily pergi menziarahi sanak saudara, pakcik, makcik aku kat sana. Dari simpang Serian tu sampai ke sana hanya ambil masa 10 minit hingga 15 minit sampai ke Kampung Tanah Puteh, Serian. Cepat weh! Rasa dekat je! Kalau dulu guna perahu, jalan sungai tu, aduhai..lamanya.

Jadi, semasa nak on the way ke Kampung Tanah Putih, Serian tu, sempat la aku merakam video. Excited guna jalan darat. Jalan baru. Lancar je perjalanan dengan jalan bertar. Ada sebuah jambatan yang aku kira agak panjang la. Potpetpotpet je mulut kami dalam video tu, teruja dapat lalu jalan darat baru, melintasi jambatan unik sebelum nak sampai Kampung Tanah Puteh, Serian. Nak tengok? Jom tonton video di atas.

1 comments so far

alhmdulillah...mansang trus mansang


EmoticonEmoticon