Laman web rasmi kerajaan tidak boleh diakses, 51 digodam



June 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Operation Malaysia yang dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous bukan sahaja menggodam laman web rasmi kerajaan, tetapi juga melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya 50 laman web yang lain.

Senarai itu termasuklah lima laman web kerajaan, antaranya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, jabatan bomba dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Meskipun ugutan kelmarin mengatakan bahawa serangan ke atas laman web rasmi kerajaan akan dilancarkan awal pagi ini tetapi beberapa laman web dan portal sudah mula diserang sejak petang semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan perkhidmatan 41 laman web terganggu ekoran serangan sejak semalam.

“Pemantauan kami mengenai situasi menunjukkan tahap serangan menurun setakat pukul 4 pagi tadi,” kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah, impak serangan itu ke atas pengguna Malaysia adalah kecil,

SKMM menambah, lamannya juga berhadapan dengan serangan penggodam yang tidak dikenali dan setakat ini berjaya menangani serangan pihak terbabit.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my.

Ia menambah, impak serangan itu ke atas pengguna Malaysia adalah kecil,

SKMM menambah, lamannya juga berhadapan dengan serangan penggodam yang tidak dikenali dan setakat ini berjaya menangani serangan pihak terbabit.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my.

Dengan menyerang laman web Sabah Tourism, penggodam mendakwa mereka telah memperoleh data melibakan lebih 3,400 pengguna agensi itu dan menyiarkan butiran 392 akaun.

Sabah Tourism yang dapat menstabilkan akses meletakkan notis “offline” di muka depan lamannya.

Bagaimanapun laman web Tour Malaysia kekal dengan paparan “Dragon Force” dan lagu “heavy metal” berjudul “Through The Fire And The Flames” dan mesej mengecam kerajaan menghalang akses kepada beberapa laman web.

Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga dilaporkan ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.

Laporan Reuters semalam menyebut, Anonymous mendakwa tindakan Malaysia menapis program televisyen dan filem dan menghalang laman-laman perkongsian fail menyebabkan pihaknya mengambil tindakan mahu menggodam laman web http:www.malaysia.gov.my.

Pada 2009, Malaysia bercadang untuk mengadakan sistem tapisan Internet, yang mirip projek Green Dam yang diperkenalkan oleh China.

Bagaimanapun seperti juga di China, Malaysia berundur daripada melaksanakannya ekoran kritikan banyak pihak.

Mengikut laporan media semalam, Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan di bawah “Operation Malaysia” awal pagi ini.

Kumpulan itu menghantar mesej kelmarin mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi ini waktu Malaysia.

Ugutan itu dibuat dalam bentuk grafik disiarkan di lamab web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Dalam pada itu, laman web akhbar tempatan New Straits Times (nst.com.my) juga tidak dapat diakses setakat pukul 10 pagi tadi, tetapi tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh serangan siber ataupun sebaliknya.


EmoticonEmoticon