June 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Tindakan yang sewajarnya sedang diambil bagi menghalang cubaan menggodam laman web rasmi kerajaan, yang dilaporkan akan dilakukan awal pagi esok, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.



Ugutan itu dikeluarkan awal pagi semalam.

Mengulas laporan bahawa satu kumpulan dari luar negara dikenali “Anonymous” mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, beliau berkata, perkara itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.



“Kita telah memberitahu perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Rais berkata kerajaan juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan.


EmoticonEmoticon