Drama TV3 Bila
Hati Berbicara Episod Akhir
Tania (Atikah
Suhaimie) pergi membawa diri. Kehilangan Tania membuatkan Emir (Syafiq Kyle)
rasa resah. Dia diserang rasa bersalah kerana sering mempermainkan hati isterinya.
Keberadaan Tania hanya diketahui oleh Badri (Hafreez Adam). Puas Badri memujuk
Tania agar segera kembali ke pangkuan suaminya, namun masih tersisa rajuk di
hatinya. Kerana baginya, suaminya tidak pernah menunjukkan dirinya penting
disisinya.






