Home
Archives for January 2012
Refleksologi
Sesape yg belum mencuba urutan refleksologi ni...Try la cuba...Xde la sakit yg teramat...bez! Klo urutan pada bahagian kaki sahaja bayaran RM30.00. Tapi untuk seluruh badan n kaki bayaran RM55.00.
Byk manfaat yg blh kita dpt. Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan
kelenguhan.
FAKTA: Kelebihan Refleksologi
Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
Demo....aiya! aiya! aiyaaaaaa!!!!! |
Koyong
Koyong a.k.a Siput Babi
Koyong lonely |
VS.
Koyong berdating |
Bila lihat koyong ni, aku teringat rancangan "Bersamamu'' menerusi TV3 yg pernah memaparkan kisah sebuah keluarga miskin yang memakan Koyong.
Malahan, Koyong juga dijadikan menu dlm restoren Indonesia. Hmmmmm...rasa yummy x? Koyong blh dijadikan sate, sup dan belacan. Kreatifkan... Tak terfikir pulak Koyong ni blh dijadikan sbg belacan.
CUBA TEKA:
Kenapa Siput Babi jalan lambat???
Koleksi Soal Jawab Agama
Hukum Makan Siput Babi
Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan
ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa
halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala
sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya
Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).
Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang
kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya.
Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih,
kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.
Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat
yang mengharamkannya. Wallahu A’lam
Saya Tahu Blog Saya Terbaik
Jom join n klik di sini:
1. Sila buat entri yang bertajuk
'saya tahu blog saya terbaik'
2.
Dalam
post itu, korang boleh review blog soofiyah kalau korang nak.. Nak juga blog
soofiyah kena review
3.
Soofiyah
tak akan inform dekat korang yang soofiyah review blog korang. Korang kena
alert sendiri
4.
Soofiyah
akan reiew blog pada jam 1 pagi *bukan tiap pagi
5.
Maaf,
soofiyah akan review blog mereka yang tutup aurat. Lelaki & perempuan
6.
kalau dah
buat entri, sila komen bawah ini untuk bagi url entri korang.. Bukan url blog,
ok?
7.
Tiada
sebarang jaminan untuk peningkatan traffic blog
8.
Buat masa ini tiada tarikh tutup
Segmen : Adore Your Arts Part II
Segmen dipetik dari Afhafizah
Syarat
-Buat satu entry yang bertajuk"Segmen:Adore Your Arts Part
II"
-Letakkan banner segmen dan link kan ke entry ini.
-di alu alukan men'follow' ke
semua blog pencinta seni yang menyumbangkan hasil kerja tanda sokongan kepada
mereka.[tiada paksaan]
-Letak satu gambar [originality dari korang]yang korang rasa boleh
menggambarkan seni dan gambar tersebut
tidak melibatkan manusia.Terpulang samada nak edit atau tak.
[cth:gambar pemandangan atau objek-Gambar boleh di edit untuk
penambahan effect seperti lomo dan sebagainya.Tulisan tidak dibenarkan kecuali
watermark]
-Publish entry dan letakkan link entry post korang di kotak komen entry
ini tanpa meletakkan http:// dan www.
*patuhi syarat di atas jika mahu menang ^_^
Pemilihan pemenang
-Setelah tamat tempoh segmen,semua gambar akan diadili oleh ahli WLA.
-4 gambar yang menarik dan berseni akan dipilih sebagai pemenang.
Tempoh segmen
23Jan 2012>>>29Jan 2012[jam 11:59pm]
Tajuk Pic: Silau
Memandangkan saya ni pencinta keaslian
Pic ni ori tanpa di edit
Hujan & Doa
Doa ketika hujan:
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Allahumma Shoyyiban Na’fian
"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat"
(HR. Bukhari)
Berdoalah ketika hujan krn waktu itu doa mustajab:
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”.
(HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan seharianku & murahkanlah rezeki hambaMu ini. Amin"
“Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Segmen Review Belog
Dicelup and dicop dari blog Azzah. Jadi pada sesiapa yang nak blognya azzah promote dan review,ikut syarat mudah seperti dibawah:
2-Letak url entry korang dalam kotak komen entry ni.
Tu jer..Gila mudah syaratnya.
Tarikh tamat tak ada.Pendek kata sampai bila-bila.Bila ada masa free je,blog korang akan di review dan di promote dalam blog Azzah ni. Jom Join sekali !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)