Gempar! Bila hampir keseluruhan Sarawak dilanda
blackout! Bermula jam 5.40 petang
semalam (27 Jun 2013). Aku yang sedang berblogging, ter-stuck bila lappy terpadam
secara tiba-tiba. Time tu aku baru je habis hasilkan satu entry. Misi
mempublish entry terbantut bila blackout menerjah. Urgh...tak ter-update blogku
selama 1 hari. Padahal bahan dah ade.
Ingatkan kawasan kediamanku sahaja
yang blackout. Rupa-rupanya seluruh Sarawak! Hadoi..apa dah jadi? Elektrik ade
semula bergantung pada kawasan. Untuk bahagian Kuching, elektrik muncul tiba
jam 6.30 malam. Tertunggu-tunggu jugak untuk kawasan kami ni. Mata kelip-kelip
menunggu kedatangan lektrik. Akhirnya aku and my hb tertidur kat ruang tamu.
Nak tidur dalam bilik, panas. Takde lektrik. Titt...titttt..tittt.. bunyi tv
bergema. Aku bangun. Yeah! Dah terang! Yeyyyy..lektrik dah ade. Jam menunjukkan
pukul 11.30 malam.
Nyenyaknya tidur bila segala kemudahan
mencukupi. Lampu tidur, kipas...lena dibuai mimpi. Jam 3.00 pagi. Hujan turun berserta angin kuat. Seriau je aku dengar
bunyi angin. Tup! Gelap gelita! Once again..blackout lagi!!! Nasib baik dingin
pagi, so takde rasa panas. Aku menyambung tidur balik. Redho.
Jam 7.30 pagi, elektrik belum lagi
ada. Hmmm...apahal lektrik ni. Merajuk ke? .......................tepat jam 11.50 pagi..tit..titttt lektrik datang.
Yey! Syukur Alhamdulillah.