Angka / nombor 4 bawa malang
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina,
angka atau nombor 4 (empat) merupakan petanda malang ataupun membawa sial. Malah
ada yang mengatakan nombor 4 berkaitan kematian. Aku masih ingat masa kat
kampus dulu. Projek buat kajian luar yang dijadualkan ada 6 trip. Memandangkan
aku dan kawan-kawan yang lain lambat tulis nama, hanya trip ke-4 sahaja yang
kosong. Yang lain penuh! Kawan aku yang Cina ni kata taknak masuk trip 4.
Sanggup dia tulis nama under trip lain, walaupun dah padat. Baru aku tahu,
rupanya angka / nombor 4 bagi kepercayaan masyarakat Cina membawa maksud tidak
baik.





