Gubahan kain pasang terkini 2017/ 2018. Bagi yang sedang
mencari tutorial gubahan kain pasang, bolehlah rujuk dalam artikel ni. Ada
dikongsikan gambar gubahan hantaran kain pasang simple, gubahan hantaran kain
pasang perempuan dan gubahan hantaran kain pasang lelaki. Berdasarkan pengalaman
sendiri, saya memang suka menghias barang hantaran. Boleh la tahu sikit-sikit. Belajar
cara lipatan kain untuk hantaran menerusi YouTube dan di blog-blog.
Wow! Kreatif la gubahan kain pasang macam ni. Lihat ↓↓↓
Mula-mula buat agak kekok, sebab kurang confident. Banyak kali
buka balik sebab tak menjadi design diingini. Itulah yang orang cakap try and
error, banyak kali buat akhirnya menjadi. Konpiden la sikit bagi barang
hantaran kat sanak-saudara yang nak bertunang dan kahwin tu. Cara melipat kain
hantaran bergantung pada design hantaran. Yang mudah buat, main lipat je. Yang
ada bentuk bunga dan hati, kena buat menerusi kotak, lukis bentuk dan
guntingkan, kemudian susun dan semat pada kain pasang tersebut.
Gubahan kain pasang dalam bakul popular sebagai hantaran
tunang. Sekarang trend orang guna bakul sebagai bekas hantaran. Kalau dulu,
kotak plastik transparent tu glamour. Hias dengan reben, memang cantik. Adanya penggunaan
bakul, lagi meriah bunga-bunga di deko atas barang hantaran. Nampak cantik! Kat
bawah ni, saya share kreativiti orang lain menghias barang hantaran. Saya suka
tengok. Kemas je hasil kerja diorang.
Gubahan hantaran kain pasang simple |
Gubahan hantaran kain pasang perempuan |
Gubahan hantaran kain pasang lelaki |
Yang ni pun agak senang jugak. Pentingnya deko atas kain
pasang supaya kelihatan lebih menarik. Boleh letak bujang baju melayu sebagai
sampingan.
Selain kain pasang, ada yang guna kain sulam dan kain lace sebagai
hantaran. Kain bercorak bunga sulam ni memang cantik bila kita hias dalam bakul
hantaran. Sebab ia mempunyai kerawang sulam sendiri. Gubahan hantaran kain
sulam ada yang main lipat simple je. lipat secara menggulung, kemudian hias
dengan bunga, pun dah nampak cantik. Manakala ada yang begitu kreatif membuat
gubahan hantaran kain lace dengan membuat design bentuk katil. Cantik sangat!
Berpandukan video koleksi gubahan hantaran kain pasang di
atas, harap ianya menambah ilham anda untuk menghias kain pasang hantaran anda.
Tak pun boleh tunjukkan pada pengambil upah buat hantaran, nak design kain pasang
hantaran macam ni, macam tu. Selamat mendeko hantaran kain pasang anda.
1 comments so far
nampak simple tapi menarik
EmoticonEmoticon