Rumah kami masih lagi guna ubat
nyamuk. Kalau tak ada ubat nyamuk, huhuhu berpesta nyamuk datang. Nging nging
nging sana sini. Annoying sungguh bunyinya. Tu baru bunyi, belum lagi sedut
darah. Gatal woo. Lagi-lagi nyamuk yang kaler kuning/coklat tu. Gatalnya tak
tertahan.
Kat belakang kuarters kami ni hutan,
banyak pokok. Nak ambik serai kat luar, nak sidai baju kat ampaian siap la
nyamuk menanti nak menyerang. Setiap kali aku nak naik rumah, aku akan pecut
selajunya supaya nyamuk tak boleh kejar. Tertinggal kat belakang. Lepas tu
cepat-cepat aku tutup pintu.
Seawal jam 6.00 petang aku dah pasang
ubat nyamuk. Al maklum la time tu time nyamuk aktif berkeliaran sana sini. Kehausan
nak hisap darah. Ubat nyamuk yang kami guna ialah FUMAKILLA. Bau tak kuat, lebih
tahan lama berbanding ubat nyamuk lain. Harga ada sedikit mahal la berbanding
ubat nyamuk biasa.
kredit foto ubat nyamuk moden
Ubat nyamuk jenis berasap tu diletak
kat dapur. Ubat nyamuk elektrik pasang kat ruang tamu. Lebih selamat untuk
baby. Dengan adanya ubat nyamuk, selamat la kami dari gangguan nyamuk. Eh rumah
korang masih lagi pakai ubat nyamuk jugak ke?
10 comments
rumah sudah kurang nyamuk........
zaman dulu2 guna gak yg lingkaran tu..tp sekarang ni pakai yg letrik punya aja
betul..kat rumah pun kekadang guna jugak ubat nyamuk yang lingkaran tu
memang perlu la ubat nyamuk ni..huhu
miss my old days. hehe. dulu2 slalu guna yg ubt nyamuk lingkar2 tu
kalau dekat kampung masih guna ubat nyamuk ni.. :)
kat rumah mak abah still pakai ubat nyamuk tu...
kat umah saya xpakai ubat nyamuk setakat ni
Kat rumah xleh pasang ubat nyamuk. Ummi sy sensitif ngn asap dy. Klu yg elektrik tu jgk. Jadi sakit tekak.
Saya Tag sini : http://shapurplegirl.blogspot.my/2016/01/giveaway-2016-tahun-impian-kita-by.html
sy guna yg liquid tu walaupon tgkt 14 tp ad jgk nyamuk sesar sekor dua
lama dah tak guna ubat nyamuk ni Yumida, kak ana jenis tutup pintu tingkap sebelum senja..ALhamdulillah sini tak ada nyamuk masuk rumah.. :)
EmoticonEmoticon