Sinopsis Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3

Sinopsis Telenovela Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3 | Magkano Ba Ang Pag Ibig mengisahkan perjuangan seorang anak yang baik dalam memberi kesenangan untuk keluarganya. Namun ianya tidaklah terlalu mudah. Eloisa Aguirre ( Heart Evangelista ) menempuh banyak cabaran dan dugaan dalam mencapai misinya.

Sinopsis telenovela Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3, pelakon dan gambar drama Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3, Magkano Ba Ang Pag Ibig episod akhir – episod 100
Telenovela Magkano Ba Ang Pag Ibig disiarkan di TV3

Akibat kesempitan hidup, Eloisa terpaksa berjumpa Doña Hilaria Buenaventura ( Celia Rodriguez) yang mana mempunyai empat orang anak .

Eloisa begitu sibuk menguruskan kandang babi kecil milik keluarganya. Pada masa yang sama, Eloisa berkenalan dengan Lucio Aragon ( Sid Lucero ), seorang profesor di Manila. Minat mereka dalam bidang pertanian akan menjadikan mereka lebih dekat antara satu sama lain. Kedua-dua mereka akhirnya jatuh cinta.

Eloisa diduga lagi. Kali ini, bapanya Andoy (Pen Madinah) memerlukan pembedahan kaki yang berpunca akibat komplikasi diabetes. Untuk menghantar bapanya ke hospital, Eloisa memerlukan wang. Namun ketika itu, poketnya benar-benar kosong. Lalu dia memohon pekerjaan dari Doña Hilaria.

Melihat Eloisa seorang yang rajin, jujur, baik hati, Doña Hilaria bersetuju dan menawarkan Eloisa pekerjaan di kilang. Di sebalik kebaikan Doña Hilaria, dia berharap Eloisa akan berkahwin dengan anak keempatnya, Bobby ( Dominic Roco ), yang mempunyai autisme.

Setiap dari menantu Dona bermasalah. Menantu Dona yang sulung iaitu Lualhati (Ana Capri ) merasa Doña Hilaria seolah-olah membuatnya masih pekerja bawahan. Menantu kedua iaitu Gigi ( Alessandra de Rossi) dia berharap akan meninggalkan Doña Hilaria dan dengan itu dia dapat meneruskan hubungan sulitnya. Akhir sekali menantu ketiganya iaitu Margot yang hidup serba mewah dan penuh tipu daya.

Percaya bahawa wang tidak dapat membeli cintanya, Eloisa enggan menunaikan hasrat Doña Hilaria. Namun Doña Hilaria enggan beralah! Dia berterusan inginkan apa yang dia mahu! Dona mengarahkan Eloisa untuk keluar dari tanah mereka dan membayar hutang mereka. Tertekan dengan permintaan Doña Hilaria, Eloisa memutuskan untuk pergi ke Manila dan meminta bantuan daripada Lucio.

Namun apa yang berlaku lebih menyakitkan hatinya! Dia melihat Lusio curang padanya! Lucio mencium wanita lain iaitu Richelle Mangahas (Isabel Oli ).

Apakah kejadian tersebut akan mengubah fikiran Eloisa untuk menerima tawaran Doña Hilaria? Bagaimana dia akan bertindak balas apabila dia mendapat tahu bahawa Lucio dan Bobby adalah saudara? Sejauh manakah Eloisa dapat berkorban untuk keluarganya? Saksikan segalanya dalam drama Magkano Ba Ang Pag Ibig di kaca tv anda.

Pelakon Utama Telenovela Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3
Heart Evangelista - Eloisa Aguirre
Sid Lucero - Luciano "Lucio" Aragon / Chino Aguirre
Dominic Roco - Bobby Buenaventura
Katrina Halili - Margarita "Margot" Cruz
Alessandra De Rossi - Geraldine "Gigi" Buenaventura
Ana Capri - Lualhati Macaraeg
Isabel Oli - Richelle Mangahas

Pelakon Pembantu Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3
Pen Medina - Andoy
Sharmaine Buencamino - Loida Aguirre
Luz Valdez - Rosing Villasanta
Vangie Labalan - Sonia Aguirre
Rommel Padilla - Oscar Ramos
Celia Rodriguez - Doña Hilaria Buenaventura

Gambar Drama Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3
Sinopsis telenovela Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3, pelakon dan gambar drama Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3, Magkano Ba Ang Pag Ibig episod akhir – episod 100

OST Lagu Tema Magkano Ba Ang Pag Ibig TV3
Lagu: Sa Aking Panaginip
Penyanyi: Kyla Alvarez

Tonton drama Magkano Ba Ang Pag Ibig
Tarikh Magkano Ba Ang Pag Ibig mula disiarkan: 4 Januari 2016
Jumlah episod drama Magkano Ba Ang Pag Ibig: 100 episod
Magkano Ba Ang Pag Ibig episod akhir – episod 100
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 3.00 – 4.00 petang
Saluran: TV3

2 comments


EmoticonEmoticon