Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku Episod Akhir

Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku Episod Akhir (Episod ke 13) Drama TV3 Slot Lestary | Puan Noraini (Aleeza Shadan) mengajak anaknya Sha (Puteri Aishah) pergi menziarahi rumah Puteri (Zahirah Macwilson). Puteri ketika itu tinggal di rumah baru bersama suaminya Daniel (Shukri Yahaya).

sinopsis cik cinderella dan encik tengku episod akhir (episod ke 13) drama tv3 slot lestary, gambar, pelakon, akhir cerita drama cik cinderella dan encik tengku tamat, last episode, ending cik cinderella dan encik tengku, episod kemuncak, komen drama cik cinderella dan encik tengku tv3
Drama TV3 Cik Cinderella Dan Encik Tengku Episod Akhir

Noraini terpesona melihat mewahnya rumah agam yang diduduki oleh Puteri, anak tirinya. Sungguhpun bergelar anak tiri Noraini seorang ibu yang baik terhadap Puteri. Namun berlainan pula dengan Sha. Dia amat membenci apa sahaja yang ada pada Puteri.

Malah bekas kekasih Puteri juga dirampasnya yang kini menjadi suaminya iaitu Ashraf (Shah Iskandar). Walaupun telah menjadi isteri Ashraf, Sha masih tidak bahagia. Dia kerap kali lari dari rumah mertuanya kerana tidak tahan perang mulut antara mereka.

Ashraf tidak seperti Daniel. Daniel orang kaya, mempunyai rumah besar, kereta mewah, berharta, berduit. Suaminya pula sebaliknya. Makin menambah rasa iri hati dan dengki terhadap Puteri.

Sha mengingatkan Puteri agar jangan terlalu gembira menikmati apa yang dia ada ketika ini. Baginya, orang kaya mempunyai sikap playboy. Mempunyai kekasih lain di luar. Puteri membalas balik sambil mengucapkan terima kasih kepada Sha kerana begitu mengambil berat tentang dirinya. Sha merasa sakit hati. Niatnya mahu membuatkan Puteri gusar namun dirinya pula dikenakan.

Ayah Puteri iaitu Megat (Dato' Eizlan Yusof) sering menghabiskan masa di luar rumah. Balik ke rumah lewat malam. Noraini sering bertanyakan ke mana suaminya itu pergi namun Megat sering memberi alasan dia mempunyai urusan dengan client.

Kak Tim (Sherry Al Hadad) dan Jee (Zulin Aziz) rakan sepejabat merangkap kawan baik Puteri. Ketika mereka keluar berjalan-jalan, mereka terserempak dengan ayah Puteri yang ketika itu keluar dengan seorang perempuan. Puteri syak perempuan itu skandal ayahnya. Hal itu dilaporkan segera ke ibu tirinya.

Pada awalnya, Noraini cuba menepis dakwaan Puteri. Namun selepas suaminya mengakui wanita tersebut adalah isteri keduanya, hati Noraini hancur. Noraini membawa keluar barang-barangnya dan keluar dari rumah itu. Sha merayu pada emaknya agar jangan pergi dari rumah itu.

Selepas ketiadaan emaknya, Sha hilang tempat bermanja dan mengadu. Puteri memberikan nasihat buat kakaknya itu. Menasihati Sha agar kembali ke rumah mertuanya. Malah Puteri menyatakan warning dari ibu mertua Sha bahawa dia akan mengahwini Ashraf dengan perempuan lain jika perangai Sha tidak berubah. Mendengar amaran itu membuatkan Sha kecut perut.

Tidak mahu kehilangan Ashraf, Sha cekalkan hati menerima apa sahaja arahan dari mertuanya. Menyuruhnya mengemas rumah, memasak, membuat kerja sambilan untuk membantu pendapatan suaminya. Sha sudah berubah. Puteri senang hati melihat perubahan positif kakak tirinya itu.

Ibu tirinya pula, berada di Johor yang kini bekerja di sebuah hotel. Dia tenang menjalani kehidupannya dan redha dengan apa yang berlaku.

Puteri dan Daniel bakal mempunyai Tengku junior. Berita itu mengembirakan mereka suami isteri. Apatah lagi ibu mertua Puteri, gembira bukan kepalang. Tidak lama selepas itu lahirlah Tengku Qayyum, cahaya mata Puteri dan Daniel. Mereka bertambah bahagia. Tamat.

Pelakon Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku TV3
Zahirah Macwilson sebagai Puteri Nuraisha
Shukri Yahaya sebagai Daniel
Shah Iskandar sebagai Ashraf
Puteri Aishah sebagai Sha
Dato' Eizlan Yusof sebagai En Megat
Aleeza Shadan sebagai Pn Noraini
Aida Khaleeda sebagai Umi
Sherry Al Hadad sebagai Kak Tim
Zulin Aziz sebagai Jee

Gambar Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku TV3
sinopsis cik cinderella dan encik tengku episod akhir (episod ke 13) drama tv3 slot lestary, gambar, pelakon, akhir cerita drama cik cinderella dan encik tengku tamat, last episode, ending cik cinderella dan encik tengku, episod kemuncak, komen drama cik cinderella dan encik tengku tv3

Komen Selepas Menonton Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku TV3
Eeee orang macam Sha memang akan buat kita sakit hati 24 jam. Sentiasa ada je yang didengkinya. Shukri Yahaya ni kan, selalu je bawa watak baik, watak orang berpendidikan, orang kaya. Cantik pula Zahirah Macwilson pakai tudung. Nampak lebih ayu mempesonakan.

Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku Slot Lestary
Tarikh episod akhir Cik Cinderella Dan Encik Tengku disiarkan: 27 Januari 2016
Cik Cinderella Dan Encik Tengku episod akhir – episod 13
Hari: Rabu
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

1 comments so far


EmoticonEmoticon