Salam 1 Malaysia
Apabila spammer bolos menyerang ruangan komen blog ini. Langkah terakhir yang diambil adalah dengan nasihat spammer -spammer diluar sana. Hentikan lah perbuatan anda dan katakan Tidak! pada spammer..
Hidup di dunia siber tak lekang dek waktu apabila banyak aktiviti sosial, ilmu dan gejala yang membabitkan jenayah siber tak boleh dielak. Ini kerana setiap perkara yang kita lakukan diperhati oleh orang ketiga iaitu “man in the middle” atau dikenali sebagai penjenayah siber(hacker). Kali ini bukan aku nak kongsikan pasal hacking is our passion apa tu tapi penipuan online yang paling popular.
Penipuan internet yang paling popular adalah :-
1. Phishing scam
Penipuan ini menjadikan pengguna perbankan internet sebagai mangsa. Apa yang aku faham, konsep sebegini diorang akan hantar emel ke mailbox korang yang meminta password atau segala maklumat peribadi yang berkenaan dengan akaun semasa korang. Affan Ruslan ada buat entri pasal Kenapa scam adalah bahaya. Tajuk yang diketengahkan beliau lebih kepada URL dimana penipuan(SCAM) sangatlah aktif dimana si penjenayah siber ini akan menghantar URL yang berlainan dari URL asal. Ok la senang cerita nak faham, contoh www.maybankonline.com sedangkan URL sebenar Maybank adalah www.maybank2u.com.
Untuk mengelak kejadian sebegini terjadi seperti link terbabit. Pastikan korang tak klik pada URL tersebut tetapi buka tab browser baru dan taip URL bank tersebut. Ini dapat mengurangkan risiko berjangkit dimana takut itu kali terakhir duit yang ada di akaun lesap selepas itu.
Mungkin kita dah dengar yang sekarang wireless pun tak selamat. Dengan adanya add on seperti FireSheep tak semestinya perbankan kita melalui internet betul2 selamat dan terjamin. Oleh itu, cuba elak pakai wireless percuma disekitar korang untuk lakukan sebarang aktiviti yang melibatkan akaun bank korang.
2. Penipuan 419 Nigeria
Sejujurnya aku tak tahu jenis apa penipuan ini. Sebaliknya apa yang aku petik dari Sinar Harian.
Penipuan ini dinamakan sedemikian kerana orang yang terlibat akan didakwa dibawah akta 419 undang-undang Nigeria. Ini bererti dalam emel itu mengatakan seorang bangsawan dari benua Afrika meninggal dunia tanpa meninggalkan pewaris dan anda sebagai individu terpilih sebagai pewaris oleh penjaga harta tersebut. Kemudian anda perlu memasukkan sejumlah wang kedalam akaun penjaga harta untuk membolehkan pemprosesan dokumen harta berkenaan.
Ok seperti yang kita baca di atas. Konsep penipuan internet ini melibatkan banyak pihak. Satu si penghantar dan satu si penerima. Kedua2 ini akan melakukan sebarang transaksi penipuan dimana si penghantar telah diperdaya hidup2 oleh penjenayah siber. Elakkan berurusan melalui internet sebaliknya face to face melibatkan jumlah wang yang besar.
Gambar dibawah emel yang diterima oleh aku*
3. Penipuan kad jemputan
Satu pesanan dimana emel tersebut dihantar kepada korang supaya memilih link yang dikehendaki yang ada dalam emel tersebut. Kemudian apabila korang dah klik salah satu daripada link tadi serta merta komputer diserang oleh malware dan maklumat peribadi akan dihantar kepada penciptanya. Kesemua maklumat yang berkenaan dengan korang akan dihantar tanpa had dimana semua urusan peribadi dapat dikawalan oleh si pencipta malware tersebut.
Untuk elakkannya, seperti tips diatas, cuba buka tab browser baru atau tutup dulu emel korang dan cari nama link terbabit untuk kepastian terlebih dahulu. Ingat sebelum kena!
4. Penipuan pekerjaan
Ini bagi aku belum rasanya, masuk alam pekerjaan. Jadi, belum ada niat untuk bekerja walaupun ditawarkan. Biar habis study dulu baru fikir(berfikir diluar kotak dimana nak kerja apa selepas study, itu kena)..Petikan dari sumber lagi*
Anda pernah menerima emel yang dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan?Kerja ini dikatakan sangat mudah untuk dibuat dan boleh dilakukan dari rumah, gaji sebanyak RM3000- RM5000 sebulan! Namun, jika berminat perlu terlebih dahulu membayar wang untuk menunjukkan kesungguhan kita. Ingin dimaklumkan, tiada syarikat uang akan meminta anda untuk membuat bayaran ke dalam akaun mereka untuk mendapatkan temuduga. Tidak mungkin anda mendapat gaji yang sebegitu besar hanya dari rumah anda, sedangkan orang lain perlu bekerja bertahun-tahun lamanya untuk mendapat gaji yang sebegitu.
Ha ah aku rasa sini ada pembetulan sikit la kan? Full time blogger dah membuktikan diorang boleh buat duit hanya duduk dirumah. Tak semestinya setiap perkara yang dibuat tak dak hasil selepas itu. Cuma! Apa yang perlu sekarang, kesungguhan kita dari hasil titik peluh baru membuahkan hasil. Duduk rumah, goyang kaki, mengadap pc tak buat apa2 itu namanya main saham! :mrgreen: .
Jadi elakkan perkara sebegini terjadi kepada kita bila mula2 nak masuk ke alam perkerjaan. Setiap perkara yang dilakukan ada hikmahnya disebalik semua itu. Apa yang penting, berusaha, berdoa dan bertawakal.
Kesimpulan bagi keempat aspek yang diketengahkan dalam penipuan siber ini, aku rasa semua tu bergantung pada individu tersebut. Nak tak nak , elakkan apa yang mengundang risiko tinggi dalam dunia siber. Jangan mudah terpedaya!
Sumber: Sinar Harian Akhbar
Penipuan Online Yang Paling Popular
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon