SMK Mukah



Pengertian Warna


Merah – Kecekalan dan Kegigihan


Kuning – Kedaulatan


Hitam
Tradisi Warisan Budaya


Biru
Keharmonian dan Kesepaduan


1.2. Pengertian Lambang


Buku – mencerminkan SMK Mukah sebagai pusaka ilmu pengetahuan yang berkualiti, berilmiah dan berkemampuan menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Molekul – melambangkan keupayaan SMK Mukah memberi penekanan untuk melahirkan warga pelajar yang progresif dalam bidang sains dan teknologi.


Terendak – mewakili motif budaya setempat sebagai lambang kesejagatan dan pelindung serta menjamin warga SMK Mukah sentiasa berakhlak, berilmu, beriltizam, berbudaya dan berwawasan.


Lingkaran Kuning – mewakili kecemerlangan dalam bidang kokurikulum tidak diabaikan bagi melengkapkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seiring dengan bidang akademik.


1.3 Cogan Kata - Berilmu Berakhlah Beriltizam


2. SEJARAH





























Nama Asal


SMK Mukah


Dibina


19 Ogos 1999


Tarikh dirasmikan


18 November 2001


Dirasmikan oleh


Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Luas Kawasan


16.29 hektar


Alamat


Jalan Service Centre, 96400 Mukah, Mukah


No. Telefon dan Faks


Tel: 082-084-873806, Faxs: 084-872134


3. VISI




SMK Mukah Cemerlang 2010


4. MISI




Kami warga SMK Mukah akan mempastikan kurikulum dan kokurikulum pelajar sentiasa cemerlang, sahsiah dan disiplin terpuji dalam persekitaran kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang cekap.


5. SENARAI PENGETUA




















TAHUN


NAMA PENGETUA


2002 - 2004


En Anthony Poon


2004 - 2005


Pn. Foong Hui Lang


2005 – sekarang


Pn. Hajjah Zakiah bt Abdul Hamid


6. PENCAPAIAN ANUGERAH


6.1. Sijil Kemenangan Johan Kebersihan Dan Keindahan Persekitaran Sekolah Kategori Sekolah Menengah pada Januari 2005 hingga Januari 2006


6.2. Sijil Penyertaan Naib Johan Kategori II Sekolah Menengah/Agensi Kerajaan Tahun 2005


6.3. Sijil Pertandingan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Peringkat Negeri Tahun 2006 Kategori Sekolah Menengah


6.4. Sijil Penyertaan Majlis Perhimpunan sempena Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan ke 49 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak 2006 Mukah pada 18 Ogos 2006


6.5. Anugerah (SERASI) 2005 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Sekolah Peringkat Negeri Sarawak Kategori Sekolah Menengah.


EmoticonEmoticon