Cara Menjadi Sahabat Sejati

Semua orang mahukan sahabat sejati dalam hidupnya. Tanpa kawan, sunyi sepilah kita keseorangan. Tapi tak best pula bila ada kawan yang hipokrit. Apa kata kita terapkan dalam diri kita cara bagaimana menjadi teman sejati. Jom tengok panduan menjadi kawan sehati sejiwa.

Cara Menjadi Sahabat Sejati Dan Rakan Terbaik
1. Sentiasa berbuat baik kepada sahabat kita, malah akan melindungi dirinya.
2. Mengeratkan ikatan persahabatan dan mempamerkan kemesraan sebagai sahabat baik.
3. Menghulurkan pertolongan kepada kawan kita pada bila-bila masa.
4. Menghargai pemberian dari sahabat kita.
5. Berusaha membalas baik kebaikan hati rakan kita.
6. Mempertahankan sahabat kita daripada dibuli.

Cara menjadi sahabat sejati dan rakan terbaik kawan kita, panduan menjadi kawan sehati sejiwa, tips jadi teman sejati, cara mengetahui siapa sahabat sejati kita, gambar sahabat sejati, best friend BFF

7. Ikhlas berkawan dengan mereka dengan menunjukkan kesungguhan dalam persahabatan.
8. Mengetahui masalah sahabat kita, ajak bawa berbincang, meluahkan perasaan, meluahkan masalah dihadapi dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian.
9. Sentiasa memberikan sokongan kepada rakan.
10. Berterus terang dan berkata benar tentang sesuatu tanpa berpura-pura menjadi sahabat hipokrit.
11. Berganding bahu dan bekerjasama dengan sahabat kita dalam melakukan sesuatu.
12. Mengalah jika terjadinya konflik, berbeza pendapat atau berselisihan faham. Dengan mengalah, hubungan kita akan kekal baik. Jika keras kepala, dan sering nak menang sahaja pastinya menghancurkan persahabatan. Apatah lagi jika ingin bergelar sahabat sejati.

Kita juga boleh mengetahui siapa kawan sejati kita dengan melihat ciri-ciri di atas. Mempunyai best friend BFF dalam hidup kita, membuatkan hidup kita lebih ceria dan bahagia. Jika ingin mempunyai sahabat sejati, sikap kita dululah yang perlu diubah. Buang aura negatif, bawa semangat positif. Pastinya orang di sekeliling akan terkena tempias positif selanjutnya menjadi sahabat sejati kita.

5 comments

Wah . . Great info :) Cik Pa'in blogwalking sini , done follow here .

insyallah. amin

zaman sekarang susah nak jumpa sahabat sejati..

Disebabkan no.10 tu la... hlg da kwn since tadika. Hurm. Smga dia bahagia.


EmoticonEmoticon