Sebab Nurul Izzah Dilarang Masuk Sarawak

Semalam aku tengok kat tv Berita Awani ada berita pasal Nurul Izzah. Nurul Izzah dilarang masuk ke Sarawak. Sebelum ni, sekatan dibuat ke atas Nurul Izzah tak dibenarkan masuk ke Sabah. Sekarang, Nurul Izzah tak boleh masuk negeri Sarawak pula.

Sebab Dan Punca Nurul Izzah Dilarang Masuk Sarawak
Larangan masuk ke Sarawak yang dikenakan ke atas Nurul Izzah Anwar dibuat atas pertimbangan sikap tidak patriotik dan tidak sensitifnya baru-baru ini. Mengenai apa? Kes pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram yang mendakwa Sultan Sulu, orang yang terbabit secara langsung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Sumber: Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak
 
Sebab dan punca Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak Sabah, pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak Jamalul Kiram (Sultan Sulu) penceroboh Lahad Datu, Nurul Izzah Anwar bersikap tidak patriotik dan tidak sensitif
Gambar Nurul Izzah Anwar

Perjumpaan Nurul Izzah dengan anak perempuan Jamalul Kiram telah melukakan penduduk negeri Sarawak dan Sabah. Semasa kes pencerobohan kumpulan bersenjata Filipina ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah pada tahun 2013, seorang pegawai polis berasal dari Sarawak antara yang terbunuh. Kemudian, Bernard Then juga orang Sarawak yang dibunuh secara kejam oleh penculik Suluk dari Filipina.

Sekatan masuk Sarawak bukan sahaja dikenakan pada Nurul Izzah, malah sesiapa sahaja yang mempunyai niat tidak baik dan ingin menyemai benih perbalahan kaum dan agama di negeri ini. Nurul Izzah telah menyalahgunakan kebebasan bercakap dengan bersama Jacel Kiram, anak Jamalul Kiram yang dianggap sebagai musuh negara. - Abdullah Saidol, Ketua Setiausaha Politik Sarawak 

3 comments

Bagi cik akak bagus juak di polah kedak tok nak...
Sebelum apa2 terjadi...bait berjaga-jaga


EmoticonEmoticon