Sinopsis Ibu Mummy Mama TV2

Sinopsis Ibu Mummy Mama TV2

Ibu Mummy Mama mengisahkan Nana (Amyra Rosli) penuntut sebuah kolej yang sama dengan sahabatnya Faiz (Hairul Azreen). Mereka berkawan baik dan selalu berkongsi masalah bersama. Begitu pun masa sama mereka berdepan dengan masalah keluarga masing-masing yang cuba disembunyikan pada mulanya daripada pengetahuan sesama mereka.

Sinopsis Ibu Mummy Mama TV2, review drama Ibu Mummy Mama, pelakon dan gambar drama Ibu Mummy Mama TV2, drama tv telemovie Hari Ibu 2015

Nana berdepan masalah melayan kerenah mamanya (Julia Ziegler) yang adakalanya mengabaikan keluarga. Situasi itu membuatkan Nana meluahkan kebimbangan papanya mungkin akan berkahwin lain dengan sikap acuh tak acuh mamanya itu.

Sementara itu Faiz yang sebelum ini menganggap keluarganya cukup bahagia mula rasa curiga. Ibunya (Noniswara) dalam diam meminta Faiz menyiasat tentang ayahnya yang diyakini mahu berkahwin lain. Faiz terkejut dengan kenyataan tersebut.

Satu hari mereka bertemu dan meluahkan kebimbangan terhadap masalah ayah mereka yang dicurigai mahu berkahwin lain. Namun adakah perkara tersebut dapat diselesaikan dengan sebaiknya? Dapatkah rumah tangga ibu dan ayah mereka diselamatkan atau pun sebaliknya? Tonton kisah selanjutnya dalam drama Ibu Mummy Mama di TV2.

Pelakon Ibu Mummy Mama TV2

Hairul Azreen, Amyra Rosli, Zamarul Hisyam, Noniswara, Watie Sadali dan Almy Nadia.

Gambar Ibu Mummy Mama TV2

Sinopsis Ibu Mummy Mama TV2, review drama Ibu Mummy Mama, pelakon dan gambar drama Ibu Mummy Mama TV2, drama tv telemovie Hari Ibu 2015

Drama Ibu Mummy Mama ditayangkan sempena sambutan Hari Ibu. Drama istimewa yang dibawakan khas oleh RTM buat golongan ibu. Meh sama-sama kita tengok kat tv nanti.

Saksikan drama Ibu Mummy Mama TV2
Tarikh Ibu Mummy Mama disiarkan: 12 Mei 2015
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV2

2 comments

lama xtgk julia berlakon.. dlm dia isteri luar biasa ada juga
ni mesti drama sempena hari ibu. nk tgk la. hehe

kan dulu selalu julia ziegler berlakon, sekarang dah jarang
aah drama ni sempena hari ibu
nanti kita tengok kat tv2 ibu mummy mama semua panggilan masuk


EmoticonEmoticon