Sinopsis Suami Sebelah Rumah

Suami Sebelah Rumah Drama TV3 Slot Dramady

Suami Sebelah Rumah mengisahkan Eryna berstatus isteri mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Malam pertama suami isteri telah pun dilalui. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya.

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir. Segala persiapan telah dibuat. Eryna gelabah selepas membaca mesej yang dihantar oleh Azlan.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”

Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun..

“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di KL sana” – Eryna

Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” – Amar

Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu. Idaman suami isteri untuk menimang cahaya mata dengan cepat. Makanan ini elok untuk lelaki dan wanita cepat hamil

Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa.. Eryna perlu buat keputusan!

Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru-hara. Banyak soalan yang dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia!

Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.

“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” – Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Ania arau Doktor Wani yang obsess pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!

Wow! Sinopsis yang berjaya membuat hati ni membuak-buak nak tahu apa kisah seterusnya. Dapat dirasakan betapa kecewanya hati Anis bila mengetahui lelaki didambanya merupakan suami kepada teman serumahnya. Tertanya-tanya gak, apa yang membuatkan Eryna meneruskan perkahwinan dan meminta Amar menjadi suaminya. Bagaimana pula ciri ciri suami idaman isteri dalam islam? Nak tahu? Jom tonton segalanya dalam drama Suami Sebelah Rumah di TV3.

Gambar Novel Suami Sebelah Rumah 

Sinopsis Suami Sebelah Rumah, Suami Sebelah Rumah Drama TV3 Slot Dramady, Suami Sebelah Rumah drama adaptasi novel di TV3, penulis novel Suami Sebelah Rumah Ana Sofia, gambar, pelakon Suami Sebelah Rumah
Inilah gambar novel Suami Sebelah Rumah
Penulis novel Suami Sebelah Rumah: Ana Sofia
Harga novel Suami Sebelah Rumah: RM21 (Semenanjung Malaysia) RM24 (Sabah/Sarawak)

Gambar Drama Suami Sebelah Rumah TV3

 Sinopsis Suami Sebelah Rumah, Suami Sebelah Rumah Drama TV3 Slot Dramady, Suami Sebelah Rumah drama adaptasi novel di TV3, penulis novel Suami Sebelah Rumah Ana Sofia, gambar, pelakon Suami Sebelah Rumah
Foto: EDTV

Pelakon Suami Sebelah Rumah

Izzue Islam
Ayda Jebat

Saksikan akan datang Suami Sebelah Rumah
Drama Slot Dramady
Saluran: TV3

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

4 comments

wow!best ni.terus terang,tak banyak novel fajar fakeer kat library rumah saya.lepas ni boleh carilah kat popular.

Omg!!! baca sinopsis pun rasa best je tau. Lebih-lebih 2 pelakon yang memang hebat dan nama mereka agak di kenali sekarang ni. heee. tak sabar nak tengok :)

Waaaaaaa...baca sinopsis je dah best.Tak sabar nak tengok.Tambah pulak pelakon dia best!!!!

wahh mcm best je. Nak kena cari lah novel ni. hehe :)


EmoticonEmoticon