Intipati Bajet 2015

Ada yang dengar ucapan Datuk Najib pasal Bajet 2015 semalam? Aku, dengar dalam radio. Semalam keluar beli barang dapur, so sempat la jugak pasang telinga dengar intipati Bajet 2015 ni.

Tema Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat


Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bertarikh 10 Oktober 2014.

7 Strategi Utama Bajet 2015

Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

Intipati Bajet 2015, intisari Bajet 2015, tema Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat, gambar Bajet 2015, strategi Bajet 2015, senarai Bajet 2015, ucapan Datuk Najib Bajet 2015, kelebihan Bajet 2015, kepentingan Bajet 2015, pendapat Bajet 2015, komen Intipati Bajet 2015

Intipati Bajet 2015

* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).
* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.
* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.
* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).
* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.
* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)
* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).
Kredit: Intipati Bajet 2015 1 2

Panjang lebar intipati Bajet 2015. Terperinci! Ucapan Datuk Najib tamat pasal umumkan Bajet 2015 ni jam 6.20 petang malam semalam. Lama beliau berucap. Aku sempat dengar sikit-sikit. So apa pandangan korang mengenai Bajet 2015 ni? 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments

kekadang macam tak aci pulak bagi orang swasta macam akak nie..untunglah kan orang kerajaan..banyak jugak benefit yang mereka dapat

syukur... alhamdulillah...

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

pekerja kerajaan banyak dapat benefit. initipati bajet 2015 yang begitu terperinci

bena eh. untung sapa kerja kerajaan. bajet 2015 lebarkan pencawang telekomunikasi. bagus gilak ya. kat sitok masih ada tempat xda line telefon.

Salam singgah di hujung minggu dik Yumida...kerja kat kerajaan memang untung...

tak de untungnya dik...mun kerja government yg bergaji kecik tok...yg untung sidak nok pangkat besar ya

Bajet 2015 sama seperti bajet-bajet terdahulu jugak. Peruntukan kepada negeri-negeri terpilih sahaja :(