Fattah Amin Terima Positif Kritikan Pelakon Kayu

Fattah Amin pelakon utama Cinta Ibadah dan Playboy Itu Suami Aku

Dah tengok telenovela Cinta Ibadah? Yang mana pelakon utama Cinta Ibadah ni diterajui oleh Fattah Amin yang membawa watak Hariz. Kalau dulu, Fattah Amin pernah berlakon dalam drama bersiri pukul 7 tu, Playboy Itu Suami Aku, yang mana waktu tu Fattah Amin bawa watak sebagai Raja Adrian Benjamin. Kedua-dua drama tersebut meletakkan Fattah Amin sebagai watak utama.

Fattah Amin dilabel pelakon kayu!

Ya, aku amat akui part tu. Lakonan Fattah Amin belum begitu berkesan. Watak lakonan yang tak menjadi. Feel tak sampai kepada penonton. Lakonan yang hambar. Paling ketara lakonan Fattah Amin dalam drama Playboy Itu Suami Aku. Drama yang paling banyak menerima kritikan daripada penonton. Gara-gara pelakon utamanya kurang menyengat, dalam erti kata lain pelakon kayu.

Fattah Amin dilabel pelakon kayu, gambar Fattah Amin, Fattah Amin kacak, lakonan Fattah Amin dikritik, komen lakonan Fattah Amin, Fattah Amin pelakon utama telenovela Cinta Ibadah, drama Playboy Itu Suami Aku

Menerusi telenovela terbaru iaitu Cinta Ibadah, bagi aku pihak produksi mengambil risiko besar apabila Fattah Amin menggalas watak utama. Kalau nak tahu, telenovela ni merupakan drama terpanjang yang disiarkan menerusi Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Persoalannya.. Masihkah label pelakon kayu itu melekat dalam diri Fattah Amin?

Komen lakonan Fattah Amin dalam Cinta Ibadah

Dalam telenovela terpanjang ni, ya masih ada sedikit canggung lakonan Fattah Amin. Ada kalanya watak dibawakan dalam mode marah, bahagia, mesra agak kurang menjadi. Feel tak sampai. Tak begitu menusuk hati penonton. Tak begitu membuatkan aku sedih teramat, bahagia teramat, stress teramat. Coz lakonannya masih kurang memberi impak. Tapi..ada sesuatu yang positif. Nampak sedikit perubahan berbanding lakonannya dalam drama Playboy Itu Suami Aku suatu ketika dulu. Ok la kan. Ada menunjukkan peningkatan.

Komen Fattah Amin apabila dilabel pelakon kayu

Ditanya sama ada rimas atau tidak digelar sebagai pelakon kayu, Fattah berkata, dia menerima segala kritikan itu dengan hati yang terbuka. Namun, dia berharap agar dirinya tidak terus dikenali dengan gelaran tersebut. Saya tidak menyangkal jika ada orang mengatakan saya dikenali kerana mutu lakonan ini yang kurang memberangsangkan.

Sangat kagum pada Fattah Amin ni. Walaupun pernah dilemparkan kritikan lakonan kayunya, namun dia tetap memberi respon positif. Menerima kritikan dengan hati terbuka. Harap segala kritikan diberi penonton memberi nilai tambah mutu lakonannya.

Fattah Amin pelakon kacak menjadi kegilaan anak buah aku

Kalau ditanya pada anak buah aku yang masih di tahun 1, 2 dan 4. Drama manakah yang paling mereka sukai. Pastinya mereka akan cakap drama kesukaan mereka Playboy Itu Suami Aku. Sebab? Katanya hero drama tu kacak orangnya. Malah sampai sekarang masing ingat nama hero tu, Fattah Amin! Terbukti kekacakkan Fattah Amin di mata anak buah aku. Hihihi.. 

7 comments

kdg2 kritik yg membina tuh bagus...
tapi klu kritik yang menjatuhkan tuh yg x leh tahan tuh..:)

Huhu..ramai sangat dah lambakan pelakon baru sekarang ni. Drama baru je, muka baru.


http://aksarabiruu.blogspot.com/2014/10/giveaway-by-gobokita-aksara-biru.html?m=1

salam Jumaat :) semoga hidup kita diberkati..

tapi diakui jugaklah dia berlakon memang macam kaku sikit... i use the words kaku instead of kayu...hu hu hu...salam jumaat dear...

tak pernah tengok lagi dia belakon..belakon tak best tapi pegang watak drama yang beratus episod,produksi tak rasa rugi ke??heheheh

Good.blog walking ..jemput ke blog

Makin hensem dah nya tok ;D


EmoticonEmoticon