Masihkah
Ada Cinta merupakan drama terbaru di slot Samarinda. Drama
ini mula ditayangkan pada 8 Mei 2014, setiap hari Rabu dan Khamis di TV3. Masihkah
Ada Cinta menggantikan drama Anugerah Terindah. Drama Masihkah Ada Cinta best
atau tidak, sama-sama kita saksikan nanti.
Sinopsis Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta mengisahkan Azril (Shah Iskandar)
meninggalkan Tina (Nabila Huda) tanpa sempat menamatkan pengajian dan sebab
yang nyata. Mujur ada rakan-rakan yang banyak memberikan semangat untuk Tina
meneruskan pengajian sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Azril merupakan
lelaki dan cinta pertamanya. Sukar untuk Tina melupakan memori indah sewaktu
bersama. Walaupun telah bertahun berlalu tapi parut luka masih terasa
membuatkan Tina berhati-hati dalam memilih pasangan. Cintanya kini hanyalah
pada kerjaya setelah kehilangan Azril dan kedua ibubapanya akibat kemalangan.
Iman
(Amar Asyraf) seorang doktor muda yang bertugas di Taiping, Perak, tempat
kelahirannya. Ramai yang meminatinya terutama rakan sekerja tapi Iman lebih
senang fokus pada kerjaya dan keluarganya buat masa kini. Semenjak kematian
ayahnya, Dato’ Imran, dia menjadi ketua keluarga menjaga ibunya, Datin Maimon
dan kakak kesayangannya, Leen (Elizad Sharifuddin), yang tidak berapa sihat
sejak kemalangan. Leen memerlukan lebih perhatian kerana menghadapi tekanan
perasaan akibat kecacatan.
Datin
Maimon sendiri sudah kering air mata melihat penderitaan Leen yang adakalanya
mengamuk dan suka bercakap bukan-bukan kesan dari pembedahan mengeluarkan darah
beku dalam kepalanya. Mujur suaminya begitu tabah menjaga dan melayan kerenah
Leen bila ada kelapangan. Dia akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Taiping
menguruskan perniagaan keluarga. Anak tunggal mereka, Dhia, terpaksa diuruskan
oleh Datin Maimon bersama Iman.
Liya
(Fouziah Gous) merupakan sepupu kepada Iman. Mereka amat rapat semenjak kecil
sehinggakan Pak Long berharap sangat mereka dapat disatukan apabila dewasa
kelak. Iman sebenarnya tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Liya. Sikap
Liya agak sosial dan sombong apabila menetap di kota. Hingga kini, Liya masih
memendam perasaan pada Iman dan berharap impiannya untuk berkahwin dengan Iman
menjadi kenyataan. Pak Long telah banyak berkorban untuk keluarga Datin Maimon
semenjak adiknya itu kematian suami.
Liya
telah pulang ke kampung dengan alasan ingin menjaga rumah pusaka yang telah
lama ditinggalkan dan jemu hidup di kota. Liya ingin mencari Iman setelah
hatinya terluka dengan beberapa lelaki bandar. Dia ingin ingin menyambung
ikatan mereka yang terputus apabila masing-masing melanjutkan pelajaran. Untuk
mengeratkan hubungannya dengan Iman, Liya telah memaksa ayahnya untuk membuka
pusat taska.
Tina
mendapat sepucuk surat menyatakan dia akan ditukarkan ke Taiping, Perak. Selama
ini dia hanya mengetahui tentang keindahan Taiping hanya melalui Iman yang
ditemui ketika berkursus beberapa bulan lalu anjuran Jabatan Kesihatan. Tina
berharap Iman akan membantunya di sana nanti.
Iman
amat senang bersama Tina kerana mereka boleh berbincang apa saja dari soal
kerjaya sehinggalah kehidupan, ini boleh meredakan tekanan yang dihadapi
terutamanya soal kakaknya, Leen dan Liya yang amat merimaskan hidupnya.
Setelah
sekian lama Iman berusaha memenangi hati Tina, akhirnya Tina bersedia menerima
Iman. Iman telah melamar Tina ketika mereka sama-sama berada di puncak Bukit
Larut. Iman banyak mengembalikan kegembiraan dalam hidupnya. Liya kecewa, dia
pura-pura sakit apabila mendapat tahu Iman akan bertunang dalam masa terdekat
ini.
Iman
telah membawa Tina bertemu dengan keluarganya. Leen gembira akhirnya Iman telah
bertemu dengan seorang gadis yang mampu membuka pintu hatinya. Selama ini
masanya banyak dihabiskan dengan kerja dan keluarga tanpa menghiraukan masa
depan. Tina merasa sebak apabila Leen mintanya berjanji supaya tidak melukakan
hati Iman. Leen juga berharap Tina dapat menjaga Dhia sekiranya terjadi apa-apa
pada dirinya.
Liya
telah menelefon ayahnya kerana tidak puas hati layanan Iman padanya semenjak
kedatangan Tina. Pak Long pergi ke rumah Datin Maimon untuk menuntut janji
sebelum ini iaitu bercadang untuk menyatukan Iman dan Liya apabila sampai
masanya. Sekiranya terjadi apa-apa pada Liya, Pak Long tidak akan melepaskan
Iman begitu saja. Dia sudah banyak berkorban untuk Iman. Apakah yang bakal
berlaku selanjutnya?
Saksikan
drama siri ‘Masihkah Ada Cinta’ di slot Samarinda, setiap hari Rabu dan Khamis
jam 10.00 malam di TV3. ‘Masihkah Ada Cinta’ juga boleh disaksikan menerusi
portal video Tonton.
Gambar Masihkah Ada Cinta

Pelakon Masihkah Ada Cinta
Amar
Asyraf, Nabila Huda, Fouziah Gous, Shah Iskandar, Elizad Sharifuddin, Dato’
Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Saksikan
drama slot Samarinda Masihkah Ada Cinta
Jumlah episod: 18
Hari: Rabu dan Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3
7 comments
Macam best ;D
Byk cerita yr sekarang ni
tak tengok lak cerita ni
jarang tgk tv la. . hurmmm tp kalau nabila huda berlakon confirm best :)
citer baru yea....
pernah tengok sekali jerk..
macam best jer citer nih.. blm sempat tgk lg, anak2 asyik nak tgk citer lain..
EmoticonEmoticon