GIVEAWAY: I LOVE PERFUME

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 15/05/2014

Sebab saya suka menggunakan minyak wangi (perfume):


1. Memakai perfume ialah sunnah nabi
Semestinya Rasulullah ikutan saya. Saya sendiri suka akan kewangian, so dengan berpandukan niat mengikut sunnah nabi, insha Allah, sambil berwangi-wangian akan mendapat ganjaran dariNya. Saya gemar memakai perfume selepas mandi, semasa ke tempat kerja, pergi ke kenduri, pergi menziarahi sanak-saudara dan sebagainya. Malah, Rasulullah juga gemar memakai minyak wangi ketika pergi solat Jumaat, pergi ke masjid dan menghadiri majlis.

2. Perfume mencetuskan rasa gembira dan tenang dalam diri saya
Wangian perfume membuatkan saya rasa gembira dan tenang. Ia memberi mood yang baik. Terutamanya bila saya berdepan dengan urusan yang sibuk. Semburan wangian membuatkan saya rasa tenang. So, urusan kerja pun dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna.

3. Wangian perfume meningkatkan keyakinan saya
Semua orang suka akan kewangian. So, bagi memastikan orang sekeliling suka akan kehadiran saya, saya akan gunakan perfume setiap hari. Bila badan wangi, bila kehadiran kita disenangi, ia memberikan kita rasa keyakinan! Keyakinan di tempat kerja sangat penting!

4. Wangian pelenyap bau peluh/hapak/hancing
Pentingnya perfume di bawa ke mana-mana, agar kita boleh menggunakannya di saat kecemasan. Masa bila? Ketika cuaca panas, peluh menitik-nitik bak hujan lebat. Pastinya menimbulkan rasa kurang selesa, dengan bau badan sekali. Haa..ketika inilah perfume sangat diperlukan. Saya masih teringat kata-kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Beliau merupakan motivator terkenal, pernah memberikan ceramah di kampus saya dahulu. Katanya, kita disarankan untuk menyimpan sebotol minyak wangi dalam handbag. Untuk digunakan di masa kecemasan, haa.. macam contoh kat atas tu.

5. Wangian mengeratkan hubungan suami isteri
Dalam menambah rasa kasih sayang, perhatian dari suami tercinta, saya akan memakai wangian. Agar suami saya suka berdampingan dengan saya. Kalau badan busuk, siapa nak datang rapat? Logik tak? Haa..pasal tu memakai wangian juga penting agar hubungan kami sentiasa bercambah kasih sayang. 

Itulah antara 5 sebab mengapa saya gemar memakai minyak wangi. Perfume yang saya miliki biasa-biasa je, harga dalam berbelas ringgit. Nak beli yang berjenama, rasa kurang mampu. Tapi kalau dapat memiliki Belara Midnight. Wow..beznye! Awesome! Teringin gak nak merasai pengalaman mahal bersama Belara Midnight. Insha Allah, kalau ada rezeki.

4 comments

all the best!! jom join GA ni

http://adna2029.blogspot.com/2014/05/rejab-may-giveaway.html

http://adna2029.blogspot.com/2014/05/may-giveaway-by-irsalina-lovely.html

http://www.unlimitedbeautysecret.com/2014/05/giveaway-i-love-perfume.html

http://www.unlimitedbeautysecret.com/2014/05/giveaway-i-love-perfume.html

saya join jugak , btw good luck yee


EmoticonEmoticon