Erin, Nas T, Shuib & Azura mara ke peringkat akhir Fear Factor Malaysia 2

Tahniah diucapkan buat kumpulan Erin, Nas T, Shuib dan Azura kerana dapat mara ke peringkat akhir Fear Factor Malaysia musim 2. Siapa sangka, finalis Fear Factor Malaysia 2 terdiri daripada 2 kumpulan wanita. Hebat! Jika dilihat dari segi saiz fizikal, kedua-duanya kecik jer, tapi semangat mereka sangat besar dalam Fear Factor Malaysia 2. Congrats buat Erin dan Azura. Tak lupa juga buat Nas T dan Shuib, bersemangat kental dalam mengharungi cabaran Fear Factor Malaysia 2 setiap minggu!

Erin, Nas T, Shuib & Azura mara ke peringkat akhir Fear Factor Malaysia 2
Peserta Fear Factor Malaysia musim 2

Siapa pemenang Fear Factor Malaysia Musim 2?

Tertanya-tanya di hati siapakah pemenang Fear Factor Malaysia musim 2 ini nanti. Penuh debaran! Mungkinkah pemenang Fear Factor Malaysia ialah Nas T, kumpulan yang sangat gagah! Mungkinkah pemenang Fear Factor Malaysia 2 kumpulan Shuib yang sentiasa melaksanakan cabaran dengan tangkas! Mungkinkah pemenang Fear Factor Malaysia 2 ialah kumpulan Erin. Mereka pun hebat! Atau…mungkin kumpulan Azura menang Fear Factor Malaysia tahun 2014 ini. Tettt…jawapannya kena saksikan Fear Factor Malaysia 2 minggu depan.

Hadiah pemenang Fear Factor Malaysia Musim 2

Juara Fear Factor Malaysia musim 2 bakal membawa hadiah wang tunai RM200,000. Pergh..banyak giler! Untung la siapa menang Fear Factor Malaysia ni nanti.

Erin, Nas T, Shuib & Azura mara ke peringkat akhir Fear Factor Malaysia 2
16 peserta yang telah mengikuti Fear Factor Malaysia musim 2

Finalis Fear Factor Malaysia Musim 2

Erin Malek dan Redha
Nas T dan Khairul
 Shuib dan Zakaria
 Azura dan Rechel

Nak tengok Fear Factor Malaysia 2? Saksikan Fear Factor Malaysia yang bersiaran secara eksklusif pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.
Akses Fear Factor Malaysia p akan bersiaran setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Ikuti perkembangan terkini Fear Factor Malaysia 2 melalui video pasangan Fear Factor Malaysia di laman web rasmi www.fearfactor.com.my , laman facebook di www.facebook.com/FearFactorMalaysia dan twitter rasmi di www.twitter.com.FearFactorMY
Kredit foto

Buat kesemua peserta yang mara ke peringkat akhir Fear Factor Malaysia 2. Buat sehabis baik! Mana tahu hadiah pemenang Fear Factor Malaysia RM200,000 tu bakal menjadi milik korang. Even dah diketahui pemenang Fear Factor Malaysia 2 sekarang ni. Ye la, rancangan Fear Factor Malaysia kan siaran tertunda. Bukan siaran live. Apa pun all the best!

11 comments

ayooo. df tak tgk lahh =.= hahaha

banyak termiss fear factor kali nie

Semoga semua semakin bersemangat untuk teruskan perjuangan..positif dan bersaingan secara sihat emosi dan mental..saling mendoakan satu sama lain..best..

Mengharapkan shuib dan partnernye menang fear factor kali ni....

Tahniah untuk bagi yang berjaya mara ke peringkat akhir. Dah lama ena tak follow up cerita ni

wahhh, hehe .. ~ mmg da agk dah.. azura dan rachel powerr lah dorang.. ~=) sokong azura & rachel dan shuib yeahh

meriah meriah!!, sayang tengok separuh je, dah potong astro pakai unifi


EmoticonEmoticon