The Band Program Realiti Astro

Siapa ada tengok uji bakat The band ni kat tv? Saluran Astro Ria 104. Mempamerkan bakat nyanyian dan bakat menari. Seronok tengok. Macam-macam aksi dan kerenah. Yang kelakar pun ada. Geli hati nengok. The band ni program terbaru Astro. Baru je tengok uji bakat The Band minggu ni. Tak tahu bila program realiti The band ni akan bermula secara rasminya.

The Band Program Realiti Astro, peserta The Band, juri The Band, pengacara The Band
Peserta The Band
Daripada ribuan peserta yang hadir ke sesi uji bakat, hanya 32 yang terbaik dipilih termasuk dari Indonesia dan Singapura.

Juri tetap The Band:
Datuk Aznil Nawawi
Yusry Abdul Halim
Syafinaz Selamat

Tenaga pengajar The Band:
Damian Mikhail
Alam Wakaka
Wahyu

Pengacara The Band:
Awal Ashaari
  
Menyingkap matlamat atau misi program realiti The Band yang mula ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) sejak Isnin lalu itu sendiri iaitu mewujudkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa membuktikan komitmen Astro dalam menyokong pembangunan bakat seni di Malaysia.

“Kami amat teruja dengan tayangan episod pertama progam ini kerana lebih kurang setahun perancangan rapi dilakukan sebelum ia menemui penonton. Bermula dengan perbincangan konsep program, pasukan produksi, sesi uji bakat, senarai pilihan tenaga pengajar dan juri yang semuanya menuntut masa serta tenaga, malah komitmen yang sangat tinggi. Episod pertama ini penting untuk ditonton kerana di sinilah penonton dapat melihat bagaimana proses uji bakat The Band dilakukan sebelum kami menemukan 32 peserta terbaik daripada ribuan yang datang mencuba nasib. Sebahagian besar daripada mereka hadir ke sesi uji bakat secara solo dan ada juga secara berkumpulan. Menjadi saat memilukan juga kepada peserta apabila juri hanya memilih individu yang paling menyerlah dan berpotensi dalam sesebuah kumpulan. Dalam situasi begini, ada peserta `lebih rela untuk tidak berjuang sendirian dan meninggalkan kumpulan mereka,” - Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh

Khairul Anwar berkata, penerbitan The Band membuktikan Astro sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat seni tempatan dan percaya bakat yang dicungkil ini mempunyai potensi besar untuk digilap menjadi bintang. “Kami mempunyai suatu impian yang amat besar iaitu kumpulan pop yang bakal dibentuk ini bakal menempa kejayaan bukan hanya di peringkat tempatan, tetapi mampu melebarkan sayap di rantau ini seterusnya ke peringkat antarabangsa. The Band diterbitkan Astro dengan kerjasama Kumpulan Sedania.

Khairul Anwar berkata, dia berharap peserta yang terpilih dapat menimba sebanyak mungkin ilmu sepanjang berada dalam program ini. Menurutnya, segala tunjuk ajar yang dikongsi tenaga pengajar dan pengkritik yang amat berpengalaman ini dapat dijadikan panduan dan persiapan bagi menyiapkan diri mereka untuk menjadi sebuah kumpulan pop terhebat pada masa depan.
Sumber: Harian Metro

Yang terpilih dalam The Band ni..tahniah diucapkan! Tak sabar nak saksikan persembahan u olls di kaca tv...

5 comments

kmk suka tgk ujibakat tok.. lawak ;D hahahhaa

Mmg kena tengok lah.. thanks sharing Yumida.. :D

Mcm2 program realiti tv sekarang kan..


EmoticonEmoticon