Senarai 10 carian tertinggi di Google Malaysia Mac 2014

Ada yang nak tahu isu apa yang menjadi carian terbanyak di Google Malaysia bulan Mac ni?

Senarai 10 carian tertinggi di Google Malaysia Mac 2014, 10 carian popular di Google Malaysia Mac 2014, astro awani, mh370, hanez suraya, konspirasi kehilangan mh370


10 carian tertinggi di Google Malaysia Mac 2014

1. Astro Awani – laman portal rujukan berita kehilangan pesawat MH370
2. Perkembangan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370
3. Hanis Suraya – gosip bercinta dengan suami orang
4. Segitiga Bermuda – Pulau Perak – konspirasi kehilangan pesawat MH370
5. Kajang election – Pilihan raya kecil, kemenangan buat Parti Keadilan Rakyat
6. Raja Bomoh – ritual Raja Bomoh mengenai MH370 dan perbalahan dengan Menteri Belia dan Sukan
7. Lautan Hindi – pencarian MH370 diperluaskan ke Selatan Lautan Hindi
8. Flight Radar 24 – syarikat pengesanan penerbangan dari Sweden
9. Indeks Pencemaran Udara (API Malaysia) – situasi jerebu
10. All England 2014 – Datuk Lee Chong Wei merangkul trofi All England buat kali ke-3

Itulah 10 carta carian popular di Google Malaysia sepanjang bulan Mac 2014. Melihat pada carta carian terbanyak di enjin carian di atas, Astro AWANI mendapat carian tertinggi! Pastinya kehilangan tentang pesawat MAS menjadi tumpuan di laman berita Astro Awani. Menyediakan informasi terkini dan juga sumber rujukan berita yang sahih! Malah aku sendiri, menonton saluran Astro Awani 501 untuk melihat berita-berita terbaru.

Setiap hari, ada sahaja berita tentang MH370. Orang ramai sentiasa ingin tahu dan menjadikan pencarian berita MH370 hangat di enjin carian. Jadi, tidak hairan isu MH370 berada di kedudukan ke-2 tertinggi. Masih menjadi persoalan orang ramai, ke mana hilangnya pesawat MH370? Badan pesawatnya tidak dijumpai! Jika diandaikan terhempas, ke mana serpihan bangkai pesawatnya? Pernah disiarkan melalui gambar satelit akan serpihan pesawat di laut, tetapi serpihan itu bukan dari pesawat MH370! Malah ada teori konspirasi mendakwa kehilangan MH370 ada kaitan dengan Diego Garcia. Berita itu dinafikan oleh pihak atasan. Fuh…penat aku nak mikirnya. Apa-apa pun sama-sama kita doakan moga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MH370. Sama-sama kita tunggu berita selanjutnya.

Kontroversi bercinta dengan suami orang menjadikan Hanez Suraya berada di kedudukan ke-3 tertinggi dalam carta carian terbanyak di Google Malaysia. Selepas isteri kepada kekasih Hanez Suraya iaitu Liyana Manan membuat pendedahan dalam Melodi. Berita tersebut menjadi kian panas! Selari dengan kekecohan kehilangan pesawat MAS MH370, isu Hanez Suraya menjadi bualan ramai. Selepas isu bercinta dengan suami orang, timbul isu menerima ugutan dan ancaman daripada orang ramai. Dikhabarkan Hanez Suraya diancam dengan membaling selipar ke arahnya dan dibaling telur. Kini, Hanez Suraya telah mengupah pengawal peribadi demi keselamatan dirinya. Hanez Suraya pernah mendakwa keretakan hubungan rumah tangga Liyana Manan bukan berpunca daripda dirinya. Seperti mana didakwa oleh orang ramai, sebagai orang ke-3. Disebabkan itu, reputasi Hanez Suraya bercinta dengan suami orang telah mencalar imej dirinya. Namun, kini…secara perlahan-lahan peminat telah menerimanya kembali. Oh dunia artis…macam-macam… Tarik nafas jap. Haha…

Senarai 10 carian terbanyak Google Mac 2014 ini mendapati laporan berkaitan kehilangan pesawat MH370 merupakan carian tertinggi orang ramai! Sama ada tentang laporan terkini atau mengenai teori konspirasi yang dibuat pakar-pakar penerbangan seluruh dunia. Teori konspirasi tu yang bikin aku pening nak pikirnya. Pusing 360 darjah untuk memahaminya. Moga pencarian pesawat MH370 berakhir dengan berita menggembirakan.

Sumber: Astro Awani

29 comments

Ramai yang concern tentang MH370. Alhamdulillah

Astro awani memang berjaya melonjak populariti sejak isu MH370!

Semua kawan2 concern pasal berita MH370 ni. Tak senang duduk...bila berlaku perkara mcm kat negara kita..

isu MH370 memang jadi perhatian. moga dapat di selesaikan dengan izin allah swt

ya isu MH370.

Tapi kurang orang peduli tentang saudara kita di Somalia, PalestiN,Pattani, Syria, Mali dan etc..

kenapa?


http://pemudattbc.blogspot.com/2014/04/syria-kucing-menjadi-mangsa-kekejaman.html

Assalamualaikum.. baru tengok gak dekat Awani haritu carta ni...

semoga mh370 segera ditemui...

putaran kehidupan... ikut musim kadang-kadang kita di atas kadang2 tidak siapa peduli.... :D

Assalammualaikum...yumida,

googletrend.. biasalah kan. Habis MH370 .. akan berganti dengan isu2 lain... xper janji kita sesama berdoa agar MH 370 segera dijumpai agar dapat menjawab apa sebenarnya yang terjadi pada MH370...

mselim3

masih lagi mengharapkan yang terbaik utk MH370
salam kenal,..singgah sini :)

Nampaknya semua orang prihatin terhadap apa yang berlaku...

PG pun selalu tengok laman web astro awani. hurm.
PG singgah menabung :)

bukan takat astro or google je Yumida..kita2 kat luar ni pun x abis2 pasal MH370..sgt terkesan di hati sbnrnya pasal kehilangan ni..moga Allah permudahkan segalanya..amin

Sila ke blog "kak adib ratu longchamp" ada diskusi samada tuntutan mahkamah blh dibuat oleh keluarga mh370

Sampai sekarang kita tertanya2 kemana hilangnya MH370..

Tak tahu ke mana mh370. . ALLAH SWT lebih mgetahui. . =")

dengar2 hanez suraya dah bertuang dengan lelaki tu..tak tahu la betul ke tak..

citer plg hangat skrg mh370 lerr..tapi slps selepas selesai kes nih akan berganti dengan citer lain, begitulah seterusnya..

isu mh370 ranking pertama

Mmg tak dinafikan isu MH370 mmg sentiasa dicari...

Mmg MH370 jadi tumpuan dunia..

wahh astro awani menggungguli carta

Assalamualaikum dik Yumida..awani tetap no1 sejak MH370...


EmoticonEmoticon