Penemuan kotak hitam pesawat MH370 makin cerah

Selepas sebulan tragedi MH370, kini dikhabarkan menerima isyarat di Lautan Hindi. Isyarat tu dikaitkan dengan kotak hitam, kemungkinan dari pesawat MH370. Isyarat panjang yang dikesan di Lautan Hindi tengah malam Sabtu dan awal pagi Ahad lalu memberi sedikit kelegaan kerana ia konsisten dengan perakam data kotak hitam dan perakam kokpit dalam pesawat. Ia adalah petunjuk paling kukuh dikesan di kawasan di mana MH370 dilaporkan berakhir, sekali gus diharap dapat menjawab misteri kehilangan pesawat itu sejak 31 hari lalu.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang menyelaras usaha mencari MH370 itu juga menyifatkan penemuan itu sebagai yang paling kukuh dan terbaik tempoh 31 hari.

MH370: Misi mencari kotak hitam dengan TOWED Pinger Locator 
Gambar Towed Pinger Locator
Kedua-dua isyarat dirakam menerusi Towed Pinger Locator (TPL - alat pengesan ping) dalam tempoh kurang 24 jam pada jarak kurang dua kilometer, di lokasi kira-kira 1,650 kilometer ke barat laut Perth.

Isyarat pertama dikesan berlarutan selama dua jam 20 minit sebelum hilang dan diterima semula beberapa jam kemudian apabila Ocean Shield berpatah balik ke kawasan sama. Isyarat kedua dirakam selama 13 minit. Houston berkata, lokasi isyarat itu dikesan mempunyai kedalaman 4.5 kilometer dan Ocean Shield diarahkan terus membuat rondaan untuk mendapat hubungan semula dengan isyarat itu.

“Jika dapat disahkan, kapal itu akan menanda kawasan berkenaan sebelum menghantar Bluefin-2 Autonomous Underwater Vehicle (AUV - kapal selam mini tanpa pemandu) untuk membuat pemetaan lokasi dan mencari objek yang ada kaitan dengan MH370 di dasar laut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pasukannya memerlukan beberapa hari atau minggu sebelum dapat mengesahkan isyarat itu daripada kotak hitam MH370.
Sumber: Berita Harian & foto Kosmo Online

Amat beharap agar kotak hitam segera ditemui. Agar diketahui apa punca kehilangan pesawat MH370 yang langsung tidak tiba di Airport Beijing pada 8 Mac 2014 yang lalu. 

17 comments

Semoga dipermudahkanlah segara urusan ini... aamiin...

Semoga dipermudahkan urusan nya

Semoga dipermudahkan urusannya amin.

semoga dimudahkan pencarian mereka

Ya Allah..bukakanlah 'jalan' agar pencarian MH370 di permudahkan...

semoga dipermudahkan :)

Bye-bye kak, lagi beberapa hari taufiq akan tinggalkan Malaysia :)

Kita dah a bit skeptikal dengan usaha dia orang ni..Agak pelik coz serpihan sampai sekarang tak jumpa. Agak impossible coz kalau dia orang berjaya kesan pulse tu, serpihan at least mesti ada somewhere..Alla hu Alam...

semakin hari semakin tipis harapan dengan perkhabaran terkini signal telah hilang malam ni ,ada ketikanya lagik akal juga dengan teori konspirasi yang disebarkan dilaman2 sosial..Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Alhamdulillah...semoga apa yang kita cari selama ini akan ditemui...

Regards,
-Strider-

huhuhu...

semoga semuanya dimudahkan..

Hari nie signal dah hilang plak ... Terus diselubungi misteri ... Moga Allah s.w.t permudahkan ...

moga dipermudahkan dan ada keajaiban....

semoga segala penantian kita akan berakhir..permudahklan lah urusan pencarian..

bilalah semua ni nak berakhirkan...
terseksa rasa menanti..
harap keluarga mangsa tabah hendaknya....


EmoticonEmoticon