Harga iPad 4

iPad 4 kini dilancarkan! Sure tertanya-tanya berapa agaknya harga iPad 4 yang terbaru ni. Nak tahu? iPad 4 dijual bermula dengan harga RM1316 dan RM1745. Baca betul-betul, harga tu ditulis ‘bermula’. Pergh..harga memang ribu riban. Tunggu 5 tahun akan datang, tunggu harga iPad 4 turun baru beli. Hihi…

Harga iPad 4

Apple dalam laman web rasminya, menyatakan pihaknya tidak lagi mengeluarkan iPad 2, pemberhentian itu setelah mereka memutuskan untuk tidak lagi menjual produk ini dan kembali memasarkan iPad 4 sebagai pengganti iPad 2.

Apple mengatakan bahawa iPad 4 tersedia dalam model WiFi serta 3G. Mengenai harganya, model berkenaan akan dikeluarkan dengan harga mulai daripada AS$399 (RM1316) dan AS$529 (RM1745). Tidak seperti iPad Air, Apple hanya menyediakan model iPad 4 dengan kapasiti penyimpanan sebesar 16GB. Kembalinya iPad 4 ke pasaran menjadikan semua produk iPad milik Apple yang ada di pasaran hadir dengan sambungan Lightning.

Selain itu, dari semua produk Apple yang ada di pasaran ketika ini, hanya iPhone 4S yang menggunakan sambungan 30-pin. Seperti iPad 2, iPad 4 adalah produk popular Apple. iPad 4 dilancarkan oleh Apple sebelum iPad Air dan menjadi produk iPad kedua yang hadir dengan teknologi Retina Display. Langkah bijak untuk kembali menghadirkan iPad 4 ini dilakukan Apple agar mereka boleh bersaing dalam segmen menengah.

17 comments

Entah bilalah boleh beli Ipad.. hehe

xminat apple sebab xleh nak bluetooth n share ngan gadjet lain

Hihi mek pon sik leh bli lok tok dik
Tunggu turun lok haha

Zumal hanya mampu tengok jew :)

akak pun mampu tengok je,..huhu

ipad1 pun saya tak mampu beli.

Saya pun nak beli satu...tapi tunggu lah satu per satu setel dulu. Menarikkkk!!!

Teringin jugak nak beli.. RM1700 .. rasanya mampu milik jugak tu..Ada sampai RM2K pun ada yg sanggup beli..

tak mampu nk beli..yang mampu hanya lihat dari jauh je..huhu

Finally Apple want to EOL iPad 2.

Satu iPad pun xde lagi... Mmp miliki tab biasa je.. Huhu...

Xpena pkai gadget kluaran apple.. huhu

blh tgk jelah nak beli tak la kot..Yumida nak tunggu lg 5 thn??mau model nih dh xde kat pasaran dan byk lg model yg lg br yg lebih canggih dr model nih..hehehe..

memang tak mampu nak membeli..

Tidak mampu membeli.. tetapi menyimpan angan untuk memiliki. Cehhh

Assalamualaikum dik Yumida..teringin jugak nak memilikinya...hehe..


EmoticonEmoticon