Gambar buaya baham manusia ditangkap!

Tetibe update kisah buaya. Hihi.. Since crocodile atau nama glamournya kokodai pemes bulan Mac lepas. Bermacam grafik kelakar pasal gambar buaya. Bila buka Facebook, sure ada yang kongsi gambar buaya tu. Rasanya semua dah tahu pasal kisah kokodai ni. Wokeh kali ni, kisah serius…kisah tragis pasal buaya yang membaham 4 mangsa! Jom baca..

Gambar buaya baham manusia ditangkap!
Beberapa orang menyaksikan seekor buaya yang membaham empat orang di daerah Jinja, Uganda pada 31 Mac lalu. Besarnye!

Seekor buaya yang telah membaham empat orang di daerah Jinja dan Mayuge, tebing Tasik Victoria kini ditangkap oleh anggota-anggota Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) pada 31 Mac lalu selepas haiwan itu diburu selama empat hari di Jinja.

Pegawai UWA, Sulani Tumanya berkata, buaya berusia 80 tahun itu mempunyai berat sekitar 1,000 kilogram (kg). Berat tersebut cuma 47kg kurang daripada buaya paling berat di dunia, Lolong. Petugas-petugas UWA dan penduduk setempat memburu reptilia pembunuh itu di sepanjang Tasik Victoria.

Lolong merupakan spesies buaya air masin dari Filipina seberat satu tan dengan panjang 6.4 meter. Buaya itu mati pada 10 Februari 2013 pada usia 50 tahun kerana penyakit misteri di kurungan di bandar Bunawan selepas 17 bulan ditangkap di sebuah teluk kecil oleh para pemburu haiwan tersebut selepas ia dipercayai membaham seorang nelayan.

"Orang ramai merayu kepada UWA agar menjejaki buaya itu ekoran kematian seorang penduduk bandar Kakira dalam daerah Jinja," kata Tumanya.

Menurutnya, haiwan ganas itu yang diperangkap menggunakan umpan daging dan sebilah cangkuk empat hari lalu akan dipindahkan ke Taman Negara Jeram Murchison. - Agensi
Sumber: Kosmo Online

Berat 1000kg tuuu… Sekali dilipas dengan ekor buaya sure pelanting berpuluh meter. Teringat kat kampung halaman nenek, sungai di sana penuh dengan buaya! Pernah terjadi kes mangsa dibaham buaya. 2 kali. Yang latest berlaku pada tahun 2010. Korang nak baca? Jom klik artikel ni: Serangan Buaya Di Sg. Sarawak

Al-fatihah buat arwah…

16 comments

Assalamualaikum yangg, ngerinya baca. adehhh.

sori sis.. mula2 sis kata buaya tu umur 80 tahun, tapi mati masa berusia 50tahun.. just ter'aware :D hope will be fix..

Buayak ng seram jak nga huhu

dlm gambar umo buaya 80 thn. yg umo 50 thn itu buaya lain (lolong) buaya paling berat di dunia. kedua-dua buaya tu berbeza.

oh buaya lain..sory misread..

Buaya mmg ganas.. menakutkan...

buaya memang anas, kena plak time dia kelaparan,ngerinya..

memang dahsyat..huhh tak beranila lya nak tgk buaya

banyak pulak kisah buaya sekarang nie kan... sekali dia libas, mmg tak selamat..

Assalamualaikum dik Yumida...besarnyer buaya tu...tengok pun dah seram sangat...


EmoticonEmoticon