Ariana Rose meletup! Bakal difilemkan!

Drama yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker, Ariana Rose yang disiarkan di slot Akasia TV3 mendapat sambutan hangat daripada penonton!!! Ariana Rose terus berada di dalam ‘trending’ meskipun dramanya sudah berakhir pada Khamis lepas. Meletup-letup you…… Ziela Jalil selaku penerbit drama Ariana Rose, berasa terharu dengan sambutan hangat dari penonton.

“Saya terkejut apabila melihat Ariana Rose masih berada di ‘trending’ walaupun sudah sehari tamat taya­ngannya. Memang saya ba­nyak mendapat maklum balas positif daripada penonton yang begitu menggilai drama ini dan tidak dinafikan episod terakhir cerita tidak sama seperti dalam novel. Kalau ikut cerita dalam novel, mereka bahagia dan mempunyai tiga anak, tetapi dalam drama hanya menunjukkan mereka hidup bahagia. Semuanya dilakukan bergantung kepada permintaan TV3, jika penonton mahu TV3 meneruskan cerita ini kita akan buat. Tetapi ramai yang memberi pendapat supaya saya membuat sebuah telemovie raya bagi memberitahu kepada penonton kesinambungan Ariana Rose selepas berkahwin. Saya juga ada berbincang dengan Iman, penulis The Wedding Breaker sama ada untuk membawa cerita ini dalam bentuk filem pula,” – penerbit drama Ariana Rose, Ziela Jalil

Gembira dengan sambutan penonton terhadap Ariana Rose, drama ini bakal difilemkan. Wah…sure mendapat perhatian ramai pihak. Drama hangat, popular, hot meletop! Lagi..nak kasitau, drama ni menelan kos RM1 juta. Pergh! Suka scene kat negara omputih tu..cantik! Haaa…yang tak berkesempatan tengok episod akhir Ariana Rose (klik) baca untuk sinopsisnya. Buat u olls semua..minggu depan dah diganti dengan drama terbaru: Jika Itu Takdirku. Saksikan di depan tv u olls jam 7 petang sehingga 8 malam di TV3.

16 comments

bestnya.. xsabar nk tgk dlm versi mereka dh ada ank

harap kalau difilemkan lebih baik dari Nur Kasih The Movie :)

Drama pertama yang kita follow sampai habis..best!!!

Ada dgr pasal tok pagi tadik.. Harap2 jadi plh filem ;D hee

ariana rise nk dipilem kan,,,hebat2..tahniah

Assalamualaikum dan salam singgah malam di sini dik Yumida...harap kalau di filemkan drama Adriana Rose lebih mendapat sambutan dari peminat..

tak smpat tgk episod last aritu..huhu kena tgk online cmni..:P

terbaiklah...

1 juta tu... memang berbaloi sambutannya.. =3

kmk dah hujung2 ya dah sikda nangga dah. mcm ne kah filem ya kelak owh.

kalau di filemkan baik dorang sambng dari novel 13 jam a380 ..heehe..baru best..ada cerita dorg masuk cerita org lain =D

amboiii filem pulok..tp kalo dah sama jln citer boring lah pulak...kasi buat sambungan..

Fuuhhhhh.. satu family kat ruma tgk ni.. tp..zara xda tgk pon.. hoho.. bkn xminat ngan drma melayu.. tp.. xtauuu laa. Zara sorg jaa tak terikut ngan drama ni.. huhu


EmoticonEmoticon