Ariana Rose – Drama TV3

Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013. Drama Ariana Rose bakal disiarkan pada 31 Disember 2013 selepas tamat drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam.
Sinopsis Ariana Rose
Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.

Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.




Pelakon drama Ariana Rose
Keith Foo - Tengku Kamil
Nur Fathia - Ariana Ros
Tasha Shilla - Tengku Juwita
Hisyam Hamid - Harith
Nabila Huda - Liyana
Arja Lee - Ramzul
Syatilla Melzin - Sophie
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz
Liza Abdullah - Puan sri Lisdania
Datin Ziela Jalil - Datin Asra
Jalaludin Hassan - Datuk Wan Jusoh

Novel The Wedding Breaker
sinopsis The Wedding Breaker, novel The Wedding Breaker, drama adaptasi novel The Wedding Breaker, ariana rose
Harga novel The Wedding Breaker
Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28

Gambar drama Ariana Rose


Ariana Rose – Drama TV3


Ariana Rose – Drama TV3


Ariana Rose – Drama TV3


Ariana Rose – Drama TV3


Ariana Rose – Drama TV3


Ariana Rose – Drama TV3


Promo drama Ariana Rose

Page FB: Ariana Rose

Saksikan drama slot Akasia Ariana Rose
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 7.00 petang hingga 8.00 malam
28 episod
Tarikh ditayangkan: 30 Disember 2013
Saluran: TV3

16 comments

Yeay punya la lama nak tunggu di filemkan hehe

Mmg ternanti2 cerita ni. Suka sgt Keith Foo. Tapi tak berapa suka Fathia

Macam best jek...macam syok aje...hihihi

Tak sabar nak tengok citer ni, sebab novel dia best giler!

kita tunggu citer baru nie.....

macam menarik..macam best

yey !! khabar angin tu betol , lepas aje habis bace novel tu teros dorang kate cerite tu nak keluar nanti .. hik hik , tak sabar-sabarnyee !!

Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

novel the wedding breaker ni memang best...bestseller kot kat pasaran sekarang ni..drama dia mesti meletop nanti..

novel TWB ni ramai orang kata best! ehehe,saya sendiri tak baca lagi... tapi baca sinopsis kat atas tu macam best je,hehe :)

suka sebenarnya tengok fathia berlakon :)
ada masa nanti insyaAllah laa boleh tengok cerita ni...

Tak lama dah lah PISA nak habis..

mok tengok cerita tok.. pelakon best2.. hehe.. adik bestfriend kmk pun ada berlakon cerita tok.. :)

mcm best..tp rasanya tak dapat tgk..huhuhuh


EmoticonEmoticon