Jangan Hilangkan Pahala Ikhlas

Pernahkah korang sendiri alami ataupun terbuat tanpa sedar? Moga perkongsian ini menyuntik kesedaran dalam diri kita. Ikhlaslah dalam memberi.

Ikhlas Dalam Pemberian & Bersedekah, Jangan Mengungkit
"Sekiranya kamu melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, kamu tidak akan lagi mengenang-ngenangnya, memikir-mikirkannya, apalagi mengungkitnya. Kerana apabila kamu mengungkit pemberian atau apa sahaja yang telah kamu lakukan, kamu telah hilang pahala ikhlas."
- Imam Ghazali –

Iye, jangan mengungkit bila kita dah memberikan sesuatu kepada seseorang. Terutamanya dalam bersedekah. Bila dah bagi, kita lapangkan dada, berusaha membuat sesuatu dengan hati yang ikhlas. Bersedekah kerana Allah Taala. Moga-moga amalan kebaikan kita diterima olehNya.

Tazkirah: Sentiasa Memberi, sedekah

Moga kita terhindar dari perasaan riak dan suka menunjuk-nunjuk, yang mana akhirnya orang yang suka mengungkit itu, tidak mendapat apa-apa manfaat, pahala ikhlas hilang begitu sahaja. 

2 comments

Betul..jangan mengungkit bila dah beri..tapi biasanya orang memberi sebab nak kan balsan balik..bukan sebab ikhlas pun..heheh..tu yang bila bergaduh keluar la ayat.."dulu aku tolong kau..sekarang aku minta tolong kau tak nak tolong..." ..nampak jelas tak ikhlas nya tu...

Cx kalau da bg org.. cx sndiri yg lupa haha


EmoticonEmoticon