Pemenang Asia’s Got Talent 2015

Siapa ada tengok program realiti tv Asia’s Got Talent??? Wah..kita geng! Setiap peserta ada keunikan dan kelebihannya tersendiri. Asia’s Got Talent dah sampai ke penghujungnya selepas bersiaran selama 9 minggu. Esok bakal diumumkan siapakah juara sekaligus bergelar pemenang Asia’s Got Talent 2015.

Hadiah Pemenang Asia’s Got Talent

Pemenang Asia’s Got Talent 2015 bakal membawa wang tunai bernilai AS$100,000. Kalau ditukar ke dalam duit Malaysia ianya berjumlah RM360,000. Pergh! Banyak tu! Di antara 9 finalis Asia’s Got Talent korang rasa siapa yang menang nanti? Sebelum tu, jom kita lihat 9 peserta yang salah seorangnya bakal dinobatkan juara Asia’s Got Talent.

9 Finalis Peserta Asia’s Got Talent 2015:

Gao Lin dan Liu Xin (China), Gwyneth Dorado (Filipina), Triqstar (Jepun), Junior New System (Filipina), Khusugtun (Mongolia), Gerphil Geral­dine Flores (Filipina), El Gamma Penumbra (Filipina), The Talento (Thailand) dan Dance Thrilogy (Singapura).

Pemenang Asia’s Got Talent, juara tempat pertama Asia’s Got Talent, hadiah pemenang Asia’s Got Talent RM360,000, 9 finalis peserta Asia’s Got Talent, gambar Asia’s Got Talent, ramalan pemenang Asia’s Got Talent Junior New System, finale Asia’s Got Talent AXN 701 Astro
Juri untuk program realiti tv Asia’s Got Talent tahun 2015


4 Peserta Asia’s Got Talent Kegemaran Aku

Setiap minggu aku saksikan Asia’s Got Talent ni. Sangat-sangat best! Aku nak umumkan 4 peserta kesukaan aku di antara 9 finalis di atas. Antaranya:
1. Gao Lin dan Liu Xin (China)
2. Junior New System (Filipina)
3. Gerphil Geral­dine Flores (Filipina)
4. El Gamma Penumbra (Filipina)

Ramalan Pemenang Asia’s Got Talent Musim 1

Aku rasa kan… pemenang Asia’s Got Talent adalah milik Junior New System peserta dari Filipina. Sebab apa? Tarian diorang best! Lagipun persembahan mereka sesuai untuk penjelajahan dunia. Mempamerkan kehebatan tarian mereka. macam mesin je bila diorang menari. Terer! Teringat aku masa diorang menari guna kasut tumit tinggi. Gilos! Memang hebat ar! Lepas tu melompat ke depan, melompat style belakang, gerakan tarian serentak, ikut muzik. Memang terpesona habis la.

Sesiapa nak tengok finale Asia’s Got Talent, boleh tengok kat saluran AXN (Astro 701) jam 8.05 malam. Berdebar pulak.. Macam aku pulak yang bakal menang. Kikiki…
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

6 comments

saya pun tgk dr episode pertama..best sgt tgk.saya ramalkan El Gama Penumbra..kita tgk siapa yg kena esok...tak sabar rasanya..

bw dr housewifearts.blogspot.com

assalamualaikum yumida...mmg best kalau tengok rancangan ni ...:)

ramai finalists dari Filipina...suka tengok Dance Thrilogy..cute sangat depa semua..

kat Filipina memang banyak bakat2 yang memang wow kan?

mcm el gamma je menang. hehe