Rindu Awak 200% Episod Akhir

Sinopsis Rindu Awak 200% Episod Akhir


Faezrul cuba menghubungi Armel namun Armel enggan menjawab sebarang panggilan dari suaminya. Masih tersisa rajuk di hati Armel apabila Faezrul enggan membuat laporan polis tentang kes langgar lari oleh Irene. Dek tiada bukti kukuh, Faezrul tidak dapat menunaikan permintaan Armel. Situasi ini mengeruhkan lagi hubungan suami isteri.

Rakan rapat Faezrul datang berjumpa Armel. Dia menjelaskan kisah sebenar antara Faezrul dan Irene. Armel merasa bersalah pada suaminya. Segala dakwaan Irene yang mengatakan dia mempunyai hubungan sulit dengan suaminya adalah tidak benar.

Faezrul membeli sejambak bunya buat Armel. Ketika ingin ke tempat kereta, Irene datang mengganggu Faezrul. Faezrul berusaha mengelak dari bertembung dengan Irene. Namun Irene tetap mendesak inginkan perhatian dari Faezrul. Selepas perasaannya ditolak oleh Faezrul, Irene mengeluarkan sebilah pisau dan terus menusuk ke perut Faezrul. Faezrul cedera parah.

Armel terkejut selepas dimaklumkan tentang kemalangan yang menimpa suaminya. Semenjak hari itu, Armel menjaga Faezrul setiap hari di hospital. Armel begitu sedih dengan apa yang menimpa suaminya. Lebih membuatkan dia bersalah kerana layanannya terhadap suaminya.

Tanpa diduga, muncul lagi niat jahat Irene. Dia ingin benar membunuh Faezrul yang terlantar di hospital selepas Faezrul bermatian menolak cintanya. Irene seperti orang hilang akal. Mujur Armel datang tepat pada masanya. Armel merayu pada Irene agar melepaskan Faezrul. Rayuan Armel tidak dipedulikannya, Irene lantas menikam pisau ke arah Faezrul. Armel terkejut! Mujur ianya hanya mimpi sahaja. Suspens tak? Haha..

Faezrul telah sembuh sepenuhnya. Dia sudah boleh keluar hospital. Hubungan Faezrul dan isterinya Armel kembali terjalin. Armel semakin menghargai suaminya. Faezrul bahagia dengan perubahan Armel.

Ketika Armel sedang membaca buku, perutnya tiba-tiba sakit. Armel menunjukkan tanda-tanda bakal melahirkan anak. Darah mula mengalir menerusi kakinya. Armel segera dikejarkan ke hospital. Armel telah melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Esyana sempena nama bekas tunang Faezrul yang telah meninggal dahulu. Mereka sekeluarga teruja menyambut anak sulung Armel dan Faezrul.

Faezrul membuat kejutan buat Armel. Dia membelikan patung katak buat Armel memandangkan isterinya cukup suka dengan patung tersebut. Armel merasa terharu dengan keihlasan suaminya dalam memberikan yang terbaik untuk dirinya.

Rindu Awak 200% Episod Akhir, sinopsis episod akhir Rindu Awak 200%, ending Rindu Awak 200%

Komen Episod Akhir Rindu Awak 200%

Ending Rindu Awak 200% membawa pengakhiran kebahagiaan. Armel dan Zaefril bersatu. Irene ditangkap polis. Watak bekas kekasih Irene muncul, mendedahkan diri. Biasa, kalau novel macam tu la penghujung ceritanya. Kesemua watak ada penamat. Tapi kalau dibandingkan dengan kehidupan realiti, tak semua kisah penamat akan berlaku serentak. Jalan cerita novel or pengakhiran drama, sure kita dah boleh agak. Part wajib setiap drama, watak isteri akan lahirkan anak pada penghujung episod. Iye..cayalah. Haha.. Apa pun, drama Rindu Awak 200% yang telah berakhir malam semalam dengan tayangan episod akhirnya, aku bagi 7/10 bintang.

Tamat dah drama Rindu Awak 200% semalam. Happy ending! Drama Rindu Awak 200% akan diganti dengan drama terbaru di TV3 iaitu Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Hari ni bakal ditayangkan pada jam 7 malam nanti. Sama-sama kita nantikan. 


12 comments

ramai betul peminat drama nih..

Tak sabar nak tengok drama baru jap lagi ^_^

Tag ktk :

http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-bersama-redbellas.html

macam best je

Suka dengan episod akhir cerita Rindu Awak 200%...

Suka dengan episod akhir cerita Rindu Awak 200%...

Tak tengok lagi 4 episode terakhir =,=

whho can tell me clearly content of this post, and if you can't find a web professional about music you can visit this web save lagu that has many good and newest songs of large singers


EmoticonEmoticon