Contest #2: Kenapa Kesihatan itu Penting?

KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 25/09/2014

TAG:
http://izzeyda.blogspot.com/
http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
http://www.syuhadasalleh.my/

Setiap manusia menginginkan tubuh badan yang sihat. Oleh itu penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan diri kita dalam keadaan sihat walafiat. Berikut merupakan antara sebab mengapa kesihatan itu amat penting bagi saya.

Mengapa kesihatan itu penting?


1. Saya memerlukan tubuh badan yang sihat untuk bekerja
Pentingnya menjadi sihat, agar saya boleh mencari rezeki dengan adanya kesihatan yang baik. Bekerja dengan bersungguh-sungguh, fokus, menjadi pekerja produktif. Bayangkan jika kita tidak mempunyai kesihatan baik. Aktiviti bekerja terganggu. Banyak kerja tertangguh. Pastinya majikan tidak mahukan pekerja sebegini. Sebab itu kesihatan amat penting bagi saya. Bila sihat, kerja terlaksana dengan baik. Dapat mencari sumber pendapatan, menambah sumber kewangan, melangsaikan segala hutang dan membuat tabungan simpanan di bank.

2. Mengelak daripada sebarang penyakit
Saya amat menitikberatkan perihal kesihatan. Ini kerana saya sedaya upaya untuk mengelak daripada ancaman penyakit. Contohnya penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, masalah obesiti dan banyak lagi. Bila pemakanan tidak dijaga dengan baik, makan sesuka hati, kita mungkin menghadapi masalah obesiti. Berat badan berlebihan. Yang mana, melalui obesiti inilah penyakit berbagai bentuk mudah datang. Saya sayang kesihatan saya!

3. Saya ingin umur yang panjang
Kesihatan itu amat penting bagi saya kerana saya menginginkan umur yang panjang. Mengikut kajian, orang yang menjaga kesihatan berpeluang untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak menjaga kesihatan. Sebab itulah menjaga kesihatan amat penting bagi saya. Sebab dengan umur yang panjang ini, saya ingin mencapai matlamat, ingin membalas jasa orang tua, ingin memberi kesenangan buat orang tua, ingin mencapai impian hidup, paling penting dengan umur yang panjang saya ingin memenuhi usia saya dengan membuat amal ibadah secukupnya.

4. Saya ingin merasai nikmat hidup yang sihat
Bila badan sihat, berbagai aktiviti kita boleh lakukan. Gembira, ceria, seronok melalui kehidupan setiap hari. Bayangkan jika kita jatuh sakit gara-gara tidak menjaga kesihatan, pastinya ia memberi kerunsingan buat diri kita. Melalui hari-hari dengan payahnya. Rasa beremosi, tertekan, sakit. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu melalui perkara itu. Sebab itu, menjaga kesihatan amat penting bagi saya. Saya ingin sebuah kehidupan yang ceria yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Saya mahu sihat! Saya berusaha untuk jadi sihat. Berikut merupakan cara-cara saya menjaga kesihatan:

1. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
2. Saya berusaha untuk mengelak makanan mengandungi lemak dan cara masak berminyak
3. Lebihkan makan makanan laut seperti ikan, sebab ia mengandungi protein, yang mana penting untuk memberi tenaga.
4. Berjoging di hadapan rumah, buat 5 larian penuh untuk memastikan saya berpeluh dan ianya sangat bagus untuk jantung saya.
5. Main badminton setiap petang
6. Buat senaman ringkas di rumah, sambil tengok tv sambil menggerakkan anggota badan.
7. Ambil supplement tambahan. Saya pengguna Shaklee, melalui produk Shaklee yang saya ambil seperti GLA Complex, Alfafa, Vita-E Complex dan Vita-Lea. Alhamdulillah, ia membantu kesihatan saya dengan lebih baik.
8. Minum air masak di rumah. Kalau ke kedai saya akan beli air mineral, sebab kandungan air mineral lebih baik daripada drinking water (RO-reverse osmosis). Air mineral sangat bagus untuk kesihatan.
9. Makan lebih banyak buah-buahan terlebih dahulu, iaitu 10 minit awal sebelum mengambil makanan berat. Ini penting bagi memastikan perut saya kenyang dengan buah-buahan, dan pengambilan nasi diambil dalam kuantiti sedikit.
10. Menggantikan makanan malam iaitu nasi dengan oatmeals. Saya tidak lagi mahu mengambil nasi untuk makan malam sebab ianya menyebabkan badan saya mudah naik. Lagipun selepas makan, saya hanya baring depan tv, takde buat aktiviti membakar lemak. Selepas bertukar kepada makanan oat, Alhamdulillah saya alami penurunan berat badan. Malah saya rasa lebih cergas dan mudah bergerak selepas makan malam.

4 comments

Thank you for join the contest! really appreciate your effort..

Tahniah Kak umi..
dapat hadiah utama gituuu utk contest #2.
nanti bg details Nama, alamat, HP number to my email.
aann6485@gmail.com.

Thank you

singgah dari segmen yang sama

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-kenapa-kesihatan-itu-penting.html


EmoticonEmoticon