Cabaran menghasilkan video kempen blogbuster Nuffnang

Pernah aku hebahkan di blog berkenaan tawaran menghasilkan sebuah video melalui kempen blogbuster Nuffnang. Kempen Blogbuster Oral B Supernova 3. Ramai rakan blogger yang menyahut cabaran menghasilkan video mengikut kreativiti masing-masing. Alhamdulillah..

Kempen kali ni, aku akui agak sukar jika dibandingkan dengan kempen blogbuster sebelum ni. Jika baca arahan yang diberikan, mula-mula agak blur. Baca sampai berbelas kali baru faham. Arahan dia agak terperinci.

Lagi 1 masalah yang aku hadapi, tak boleh buka FB application Lisa Surihani & Oral B yang diorang kasi. Nasib baik aku jumpa video Lisa tu kat Youtube. Masa yang diberikan untuk buat video tu sekitar seminggu sahaja mengikut terma yang dinyatakan dalam email. Aku pun apa lagi, kelam kabut nak siapkan.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak siapkan dan submit. Malangnya hari Sabtu lepas dapat lagi email dari mereka suruh edit video tu. Bukan aku sahaja, malah rakan yang lain pun sama gak dapat email tu. Tapiiii…bila buka pada akaun Nuffnang ‘button submit’ dah ghaib! Since tempoh penghantaran dah tamat. Ter-stuck lagi keje kat situ.

Hari ni, dapat lagi email dari mereka. Rupanya hanya perlu submit video yang dah edit tu di emel sahaja. Settle!

Cabaran menghasilkan video kempen blogbuster Nuffnang

Tapi keje aku belum settle! Malam tadi aku tidur pukul 2 pagi. Gara-gara layan channel ‘The Return of Superman’. 

Cabaran menghasilkan video kempen blogbuster Nuffnang
Ada Sarang, Haru, Junseo, si twin 2 orang tu, adik Junseo, sape lagi erk... Best tengok The Return of Superman! Tak sedar jam dah menunjukkan pukul 2 pagi!

Pagi ni aku lemah, lesu, kurang tidur. Part yang bestnya, 1 video pun aku belum edit lagi! Hahaha! Nampak tak kesantaian aku kat situ. Padahal due date hari ni 05/05/2014. Dengan rushing nya aku buat hari ni, edit itu ini, convert format video. Fuh..berpeluh-peluh wei!

Bila nak submit, paparan tanda awas '!' timbul di permukaan laptop. 
Takde line internet! Haih..kejam sungguh line internet ni kat aku.. Dah la nak submit benda penting.

Aku pun menunggu dan menunggu sambil menguap-nguap. Akhirnya…

Cabaran menghasilkan video kempen blogbuster Nuffnang
Berjaya! Submit jam 6.06 petang tadi bertarikh 05/05/2014. Alhamdulillah...

Aku tak tahu video aku ni memenuhi syarat advertiser or tak. Berani mencuba. Ambil risiko. Even capek. Kalau tak dicuba, kita takkan tahu hasilnya. Buat kengkawan semua yang menyertai kempen blogbuster Oral B kali ni, Yumida ucapkan all the best. Moga video kita semua di approve oleh advertiser. 

16 comments

Yup btl yumida dia srh htr kat email jer.. akak pn dh send tadi.. tunggu la ada rezeki ada la kan.. =D

Untunglah. Nak gak cik akak belajar buat video nie hihi

Gud luck yumi.....teringin nk buat tp x pandai loh uwaaa

Gud luck yumi.....teringin nk buat tp x pandai loh uwaaa

Moga terpilih nanti Yumida..! :)

Saya dapat tapi tak buat huhuhu rugi je kan :(

ada buat jugak.. hopefully, dapat.. wallahualam.. all the best ya, gud luck ! ^_^

Sama la. Dpt email suruh edit balik. Haishhh

tak buat kita tak tahu kan kak..
moga berjaya..:)

Menarik.. saya kena bnyk belajar lagi Yumida.. :)


EmoticonEmoticon