Pelan D-Day oleh Malaysia Airlines (MAS)

D-Day merupakan pelan perancangan oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk menerbangkan keluarga penumpang MH370 dari China ke Australia. Pelan D-Day ini akan dilaksanakan apabila memperoleh bukti kukuh akan penemuan pesawat MH370. Memandangkan, teori dan pencarian menunjukkan berkemungkinan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Yang mana berhampiran dengan negara Australia. Projek D-Day ini juga menyediakan kelengkapan buat keluarga penumpang MH370 yang bakal menginap di Australia. Antaranya pengurusan hotel, makanan, perubatan dan sebagainya. Melihat kepada situasi ini, pihak MAS sedaya upaya membantu keluarga mangsa dari China. Status terkini projek D-Day – masih menunggu pengesahan dari kerajaan China dan Malaysia untuk diluluskan.

Malaysia Airlines (MAS) sedang merangka pelan 'D-Day' tertakluk kepada kelulusan kerajaan Malaysia dan China untuk membawa keluarga penumpang pesawat MH370 ke Perth, Australia apabila pesawat yang hilang dan sedang dikesan di Lautan Hindi di sana ditemui.

Pelan D-Day oleh Malaysia Airlines (MAS)

Terdahulu MAS telah menawar untuk menerbangkan lima anggota keluarga bagi setiap penumpang pesawat. Mengenai urusan visa, beliau berkata kedutaan Australia sedia bekerjasama dengan MAS sekiranya pelan D-day tersebut sedia dimulakan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, MAS merancang untuk memberitahu saudara mara penumpang dari China mengenai perkembangan pencarian pesawat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa China. Beliau juga berkata, sejak sebulan lalu, MAS telah membantu kira-kira 30 keluarga penumpang China untuk mendapat rawatan di pelbagai hospital.

Ia sudah memasuki hari ke-32 sejak pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang sejak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. 
Sumber: Harian Metro
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

10 comments

agaknya D tu stands for what eh??Delivery Day ker??hehehe

Regards,
-Strider-

memang menjadi tanggungjawab MAS sebagai penyedia perkhidmatan.

mudahan cepat2 lah sidak nemu mh370 tok. tedah nangga sidak family ya.. huhu

Semoga dipermudahkan..

semoga dipermudahkan segala urusan..

sama2 kita doakan moga dipermudahkan segala urusan....

Semoga dipermudahkan segala urusan & diberi ketabahan yg berterusan kpd mereka semua...

semoga dipermudahkan segala urusan.. moga keluarga penumpang tabah menerima ujian dari Allah..

mm.. semoga segera di temui.. amin .. ~~~

Semoga MH370 ditemui dgn selamat